berita

Terpaksa Join Kelas Online Masa Kerja ‘Part Time’, Lelaki Ini Buktikan Boleh Dekan CGPA 3.91!

March 24th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Belajar di rumah secara atas talian mungkin agak menyenangkan bagi sesetengah pelajar. Hanya perlu ‘hadir’ ke kelas dengan cara menyertai video pengajaran yang dikendalikan oleh pensyarah. N

Namun bagi lelaki ini, dia terpaksa belajar dari rumah sambil bekerja bagi mencari nafkah membantu ibunya.

Bekerja sambil belajar bukan penghalang

Bekerja sambil belajar bukan penghalang untuk seorang pelajar yang telah memperolehi keputusan cemerlang dengan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.91 dan telah memperolehi Anugerah Dekan untuk semester 1.

Pelajar yang mengambil jurusan pentadbiran perniagaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) ini telah bekerja separuh masa di sebuah restoran bagi mencari rezeki yang halal dan ingin meringankan beban ibu bapanya. Kadang-kadang dia terpaksa belajar dalam talian di tempat kerjanya kerana sedang bekerja.

Setelah selesai bekerja, dia menolong ibunya untuk buat penghantaran makanan secara COD kepada pelanggan yang menempah dengan ibunya. Dengan cara itulah dia dapat membantu meringankan beban keluarganya.

Tak tidur buat ‘final exam’

Walaupun penat, dia tetap menyiapkan ‘final exam’ setelah seharian bekerja dan menghantar makanan secara COD. Penat lelahnya telah membuahkan hasil dan telah mendapat ‘ dean list’ atas usahanya.

Video penuh:

@afigggHope tak masuk Fyp , aku malu #upm #deanlist #result #student #foryourpage #fyp #tiktokmalaysia #alhamdulillah

? Seribu Tahun – Afiq Adnan


sumber : afiggg

SKIP THIS AD ×