berita

Terpaksa Pakai Jentera Pengorek, Kes Covid-19 Di Indonesia Meningkat Drastik. Sampai 34k Sehari!

July 8th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Indonesia mencatatkan kira-kira 34,379 kes baru jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam. Angka ini dianggap sebagai bilangan kes tertinggi yang pernah dicatatkan setakat ini. Malah, angka jangkitan di negara itu tidak menunjukkan sebarang penurunan dan menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di Indonesia mencecah 2.35 juta.

Peningkatan kes di Indonesia

Statistik dari Google

Berdasarkan statistik dunia, bilangan kes Covid-19 di negara itu mula naik secara mendadak sejak 4 Julai lalu. Pada 7 Julai, bilangan pesakit Covid-19 terus melonjak kepada 34,379 kes dan kes kematian mencatatkan 1,040 sehari. Sehingga hari ini, kes kematian akibat Covid-19 di negara berkenaan mencatatkan sebanyak 63,948.

Keadaan di Indonesia

Di media sosial, rata-rata netizen berkongsi video yang dirakam di sebuah tanah perkuburan yang sangat lapang menyaksikan para petugas mengebumikan jenazah Covid-19 di situ. Difahamkan, lokasi pengebumian tersebut adalah di Rototan, Jakarta.

Beratur tunggu giliran

@cafelattenimpart 2, lokasi Mangunjaya – Bekasi? suara asli – Cafe latte

Keadaan lebih memilukan apabila kelihatan ahli keluarga mangsa beratur sambil memegang batu nisan untuk menunggu giliran liang lahad dikorek. Untuk tidak membuang masa, pihak pengurusan jenazah telah menggunakan jentera pengorek tanah bagi mengorek liang lahad tersebut.

Sumber: TikTok Cafelattenim, Twitter Sharmsoul

SKIP THIS AD ×