Penyanyi Aina Abdul terpaksa memendam kesedihan selepas kehilangan kucing kesayangannya, Hiro, ketika sedang membuat persiapan untuk Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).

Artikel Berkaitan: Aina Abdul Ke Eurovision Asia, Ini 7 Perkara Yang Bakal Jadi Cabaran Terbesarnya

Artikel Berkaitan: Gunung Berapi Jadi Metafora Luka, Aina Abdul Dedah Maksud Di Sebalik Persembahan ‘Kamu’ Di Pentas AJL40

Aina Abdul sedih, kucing mati

Menerusi hantaran di Instagram, Aina menyifatkan Hiro bukan sekadar seekor kucing, malah sudah menjadi penemannya selama dua tahun.

Bagaimanapun, dia terpaksa mengetepikan kesedihan tersebut kerana ketika itu sedang sibuk membuat persiapan untuk AJL.

Saya sedang buat persiapan AJL, sewaktu kehilangan kamu. Saya terpaksa pendam sakit dan sedih tu. Setiap kali bersendirian, air mata saya mengalir.

Ujar Aina, dia tidak menyangka kehilangan seekor kucing mampu meninggalkan kesan yang begitu mendalam dalam dirinya.

Saya tak pernah tahu perasaan kehilangan kucing. Hampir semua kawan saya sudah merasainya. Saya selalu tertanya-tanya seteruk mana perasaan itu?

Sekarang saya dah tahu. Kesakitannya sangat senyap. Tiba-tiba saya menangis tanpa sedar, tapi saya kena reda. Sekurang-kurangnya awak dah tak sakit.

Hiro sakit

Mengimbas kembali hari terakhir Hiro, Aina berkata dia menghantar kucingnya ke klinik veterinar selepas doktor meminta Hiro ditempatkan di wad terlebih dahulu.

Bagaimanapun, Aina memilih untuk menunggu di hadapan klinik selama dua jam kerana hatinya tidak tenang meninggalkan Hiro sendirian.

Saya tunggu dua jam di depan klinik, sedangkan saya sepatutnya balik. Tetapi, jauh di sudut hati, saya tak tenang. Saya kasihan Hiro bersendirian di klinik.

Suasana baharu dan pasti Hiro tak selesa. Selepas dua jam, doktor hubungi dan beritahu saya, degupan jantung Hiro dah tak ada.

Aina turut menganggap tempoh dua tahun bersama Hiro sebagai satu pinjaman daripada Allah SWT. Menurut Aina, banyak kenangan kecil bersama Hiro yang akan dirinduinya, termasuk rutin mereka meluangkan masa bersama di rumah.

2 tahun Allah SWT pinjamkan awak dekat saya. Awak lebih dari seekor kucing di mata saya. Awak ajar saya macam mana nak berkasih sayang. 

Hidup dengan sabar dan tenang. Dia dah lakukan itu. Saya masih belajar untuk reda. Maaf saya ambil masa lama untuk faham sakit ni. Saya akan okay, Hiro.

Sumber: Instagram Aina Abdul