berita

Terpalit Video Tak Senonoh, Nik Adam Mika Buat Laporan Polis

September 6th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Semalam kecoh di media sosial mengenai satu video aksi kurang senonoh yang didakwa mirip seorang pelakon kanak-kanak lelaki tempatan. Isu tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya seakan kurang percaya bahawa individu dalam video tersebut adalah Nik Adam Mika.

Artikel Berkaitan: Video Lucah Mirip Pelakon Kanak-Kanak Popular Tersebar – ‘Aku Macam Tak Percaya, Dia Budak Lagi Kot’

Susulan daripada itu, Nik Adam Mika telah tampil memberi respon berhubung isu tular terbabit.

Adam buat laporan polis

Menerusi satu hantaran di InstaStory, Nik Adam Mika memaklumkan pihaknya sudah pun membuat laporan polis berhubung isu yang membabitkan dirinya.

Laporan polis telah dibuat. Segalanya akan diuruskan dengan menggunakan undang-undang.

Dalam pada itu, pelakon yang berusia 12 tahun ini juga meluahkan rasa syukur kepada semua individu yang sentiasa menyokong dan memberi kata-kata semangat kepadanya.

Pada yang support Adam, Alhamdulillah thank you sangat. Pada haters, teruskan! Adam tak rugi apa-apa pun. Cuma kami minta Allah balas keburukan yang you all buat pada Adam dan family

Sumber: Nik Adam Mika

SKIP THIS AD ×