berita

Terpengaruh Video YouTube, Remaja Gantung Sampai Mati Kanak-Kanak Berusia Empat Tahun

February 24th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Gara-gara terpengaruh dengan content di YouTube, seorang remaja bertindak menggantung seorang kanak-kanak berusia empat tahun hingga mati. Remaja berusia 13 tahun itu mengaku bertindak demikian selepas mendapat ‘ilham’ dari platform itu.

Terlihat mangsa jalan sendirian

Memetik sumber, suspek mengaku melakukan perbuatan itu akibat terpengaruh video di YouTube. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Useem, Giza ketika suspek terlihat seorang kanak-kanak berjalan sendirian di jalan. Mangsa turut meminta untuk suspek menghantarnya kepada ibu.

Namun sebaliknya, suspek telah membawa kanak-kanak tersebut ke sebuah bangunan yang memiliki alat corong udara diperbuat daripada besi. Ketika di lokasi kejadian, remaja berkenaan memasang kabel ke sangkar besi dan menggunakannya untuk menggantung anak yang berusia empat tahun itu sehingga mati.

Bukan itu saja, di dalam corong udara, remaja itu turut menutup mulut mangsa yang menangis. Dia menjadikan kabel sebagai tali penggantung dan menggantung kanak-kanak 4 tahun itu.

Lari ke rumah ibu saudara

Setelah melihat mangsa tidak bernyawa lagi, suspek bertindak melarikan diri ke rumah ibu saudaranya. Tidak lama kemudian, polis menerima laporan mengenai penemuan mayat kanak-kanak di lokasi kejadian. Berdasarkan siasatan mendapati remaja itu mengaku membunuh mangsa.

Saya berfikir melakukan apa yang saya lihat di YouTube.

Laporan mengatakan, remaja itu berulang kali menonton tayangan video YouTube yang menjadi sumber rujukan untuk melakukan perbuatan yang mengakibatkan kes kematian.

Sumber: Kompas.com, Harian Metro

SKIP THIS AD ×