berita

Terpetik Picu Senapang & Tertembak Isteri, Lelaki Serah Diri Kepada Pihak Polis

January 14th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Malang tidak berbau, itulah peribahasa yang sesuai untuk digambarkan buat kisah wanita ini apabila mengalami kecederaan yang parah akibat terkena tembakan suaminya.

Menerusi laporan Harian Metro, ketika kejadian, suami wanita tersebut sedang mencuci senapang buatan sendiri jenis bakakuk di rumah mereka di Kampung Baba, Telupid di Beluran, Sabah.

Cedera di bahagian paha

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 petang semalam, mendapati wanita yang berusia 34 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian pahanya. Ekoran daripada itu, wanita tersebut dibawa ke Klinik Kesihatan Telupid sebelum mereka memindahkannya ke Hospital Ducthess Of Kent, Sandakan untuk rawatan seterusnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, pihaknya merima maklumat mengenai kes tersebut melalui Klinik Kesihatan Telupid. Hasil siasatan mendapati suami wanita itu terpetik picu senapang buatan sendiri dan tertembak isterinya.

Suami menyerah diri

Sebaik sahaja menyedari isterinya terkena tembakan, lelaki tersebut segera meminta pertolongan lalu menghantar isterinya ke klinik tersebut. Buat sementara waktu, pihak polis masih belum mempunyai rakaman percakapan wanita itu berhubung kes ini. Ini kerana, wanita itu sedang ditahan di wad hospital dan masih menerima rawatan. Mengenai tangkapan, pihak polis turut memberitahu bahawa lelaki tersebut menyerah diri.

Siasatan masih dijalankan dan dinasihatkan kepada semua masyarakat agar tidak menyimpan atau memiliki senjata api tanpa lesen kerana ia adalah satu kesalahan. Kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×