Seorang wanita dari Terengganu yang telah mendirikan rumah tangga dikatakan sanggup meninggalkan suami dan anaknya berusia 3 tahun semata-mata kerana permainan atas talian iaitu PUBG.
Tinggal suami dan anak
Menerusi laporan yang dipetik daripada Astro Awani, wanita yang berusia 22 tahun itu dikatakan telah keluar daripada rumah secara bersendirian dengan menaiki motosikal pada 31 Mei yang lalu. Menurut suaminya, Apis memaklumkan sejak daripada itu isterinya telah menghilangkan diri dan keberadaannya juga gagal dikesan sehingga kini.
Difahamkan, ianya merupakan kali kedua kejadian seperti ini berlaku dalam rumah tangga mereka. Sehari sebelum isterinya itu melarikan diri, Apis mengaku bahawa berlakunya pertengkaran antara mereka berdua.
Ini kerana dia asyik dengan permainan atas talian PUBG dan berkenalan dengan seorang lelaki yang mungkin mempengaruhinya sehingga bertindak sedemikian.
Polis masih mengesan lokasi
Sekadar gambar hiasan
Motosikal yang ditunggang wanita terbabit juga telah ditinggalkan di sebuah pasaraya di kawasan Manir. Menurut Apis, dia dan ahli keluarganya kemudian melaporkan tentang kehilangan tersebut kepada pihak polis dengan harapan isterinya itu dapat ditemui.
Saya dan keluarga turut risau dengan keselamatannya kerana telah beberapa hari tidak pulang dan tidak tahu di mana dia berada. Harap pihak polis dan orang ramai dapat membantu mencari dia dengan segera.
Susulan itu, Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Afandi Hussin mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu dan mereka kini sedang mengesan keberadaan wanita terbabit.
Sumber: Astro Awani, Harian Metro