berita

Tersalah ‘Landing’, Pelancong England Buat Aksi Lompatan Patah Tulang Rusuk

September 7th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang warga Britain yang sedang melancong di Thailand dimasukkan ke hospital selepas tulang rusuknya patah akibat terjatuh ketika melakukan aksi ‘backflip’ di sebuah taman air di negara itu.

Mendarat atas belakang

Memetik laporan Metro UK, Callum Ryan, 21 tahun, melompat ke udara di taman air Grand Canyon, Chiang Mai sebelum mendarat di atas belakang badannya.

Ryan berkata, pendaratan itu telah membuatkan paru-parunya berdarah kerana terkena tulang rusuk, menyebabkan dia mengalami batuk berdarah.

Selepas kejadian tersebut, Ryan dan teman wanitanya, Beth Colley, 19 tahun, bergerak ke bandar Pye dengan menaiki bas dalam perjalanan selama tiga jam setengah.

Kerana berasa tidak sihat, Ryan membuat keputusan untuk pergi ke sebuah hospital terdekat, namun kemudahan itu ditutup yang memaksa Ryan kembali pada keesokan harinya.

Setelah menjalani imbasan X-ray, Ryan diberitahu bahawa tulang rusuknya patah dan paru-parunya rosak, kemudian dimaklumkan untuk pergi ke hospital lain di Chiang Mai yang boleh merawatnya.

Terdapat kusyen melantun di taman air dan saya mahu mencubanya. Sebaik sahaja mendarat di atas air, saya tahu telah melakukan sesuatu yang salah.

Saya kemudian berenang di dalam air dan apabila kali kedua melompat ke udara, hidung saya mengeluarkan darah. Sejurus selepas beberapa saat, saya mengalami batuk yang disertai dengan segenggam darah dan ia berterusan selama 30 minit.

Sumber: Metro UK

SKIP THIS AD ×