Nama penyanyi terkenal Indonesia iaitu Cita Citata menjadi bualan hangat netizen kerana didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang ahli politik yang juga berstatus suami orang.
Netizen tuduh Cita Citata perampas
Difahamkan, isu tersebut mula timbul selepas pelantun lagu Perawan Atau Janda ini memuat naik satu foto memaparkan dirinya berada di lokasi sama keberadaan ahli politik itu. Meskipun tiada sebarang perkongsian yang membuktikan mereka bersama namun netizen mendakwa ternampak tangan seorang lelaki merangkul bahu penyanyi berusia 28 tahun ini video boomerang yang dikongsikan.
Netizen turut mendakwa ahli politik yang dikaitkan dengan Cita Citata adalah Didi Mahardika iaitu cucu kepada Presiden Indonesia yang pertama. Netizen mula membuat andaian bahawa mereka berdua mempunyai hubungan. Hubungan itu bagaimanapun tidak disenangi ramai kerana status Didi yang masih bergelar suami orang.
Cita Citata buka mulut
Susulan daripada itu, Cita Citata akhirnya membuat mulut menjawab dakwaan mengenai dirinya. Ketika ditemui media, penyanyi cantik jelita ini akui sangat geram dengan sikap segelintir individu yang menuding jari ke arahnya dengan mendakwa dirinya adalah perampas.
Aku tahu apa yang harus aku lakukan.
Tambah Cita Citata lagi, dia tidak mempunyai masa untuk menjadi perosak rumah tangga orang lain, dia sebaliknya sibuk mencari seseorang yang benar-benar tulus mencintai dan serius dengannya.
Ya amin lah kalau dilamar. Dari keluarga juga nak aku cepat-cepat ada anak. Doakan saja biar saya cepat dipertemukan jodoh.
Dalam kesempatan itu, Cita Citata meminta orang ramai mendoakan agar dia segera dipertemukan jodoh dan ianya secara tidak langsung dapat mengelakkan dirinya daripada terjebak dengan gosip seperti ini.
Terdahulu, Cita Citata pernah memilih membatalkan perkahwinannya dengan jejaka asing dari negara Belanda yang sepatutnya berlangsung pada tahun 2020 lalu.
Sumber: Pikiran Rakyat