berita

Tersembunyi… Inilah Pulau Belitung Yang Dikatakan Bakal Menandingi Bali!

December 7th, 2018 | by Intan Mahsuri
Travelogue

Dah hujung tahun la. Ni la masa kita nak clear kan cuti tahunan yang ada. Mesti ramai dikalangan korang nak  pergi bercuti? Tambahan pulak sekarang musim cuti sekolah, jadi ni la peluang terbaik nak bawak family bercuti.

Alhamdulillah penulis diberi peluang untuk share sikit dengan korang itinerary percutian penulis di Pulau Belitung. Semoga ianya dapat membantu korang yang plan nak pergi ke Pulau Belitung tapi tak tahu caranya dan apa yang korang boleh buat dekat sana (bajet turut disertakan dibawah). Check it out jom!

Kenapa Belitung Famous?

First penulis nak story sikit tentang background Pulau Belitung, Okay? Pulau Belitung atau lebih dikenali dengan Belitung asalnya tak famous dan tak dikenali. Orang tak tahu pun yang Belitung ni ada pelbagai pulau dan pantai yang cantik.

Jadi pada tahun 2008, tetiba pulau ni meletop bila filem Laskar Pelangi ditayangkan. Kecantikan pulau dan keharmonian masyarakat yang ditayangkan dalam filem tersebut telah menggamit ramai pelancong untuk datang dan lihat sendiri keindahan Pulau Belitung, Awesome kan? Sekelip mata ja popular.

Adat, budaya dan kepercayaan yang tersendiri!

Makan berdulang adalah tradisi yang masih diamalkan!

Ha! Lagi satu yang menarik bagi penulis, dekat Belitung kalau ada kenduri kahwin, macam ni la bunga telur mereka, ala-ala tahun 80-90 an dekat Malaysia. Jimat wei!

Kalau korang nak tahu Pulau Belitung ni, unik sangat. Dekat sini mereka masih percaya dengan perkara-perkara mistik (dikatakan entiti halus masih boleh dilihat). Tour guide penulis siap pesan jangan cakap besar! Yang penting niat kita tu kena betul.

Ni teaser ja na… Nak tahu lebih lanjut betapa cantiknya Pulau Belitung kena stay tuned ye!

Rugi korang tak datang, bukan apa budaya dekat sini bawa kita kembali ke era 80 dan 90-an, pulaunya cantik dan masih dara lagi! Boleh tengok ikan terbang di air dan kalau bernasib baik nampak penyu berenang.

Ni itinerary penulis!

Untuk pengetahuan korang semua, penulis pergi trip ni dengan travel agensi. Jadi mudah la, sampai je dah ada orang yang tunggu di airport. Bukan apa, sebab dekat Belitung susah sikit nak dapatkan kenderaan. Kebanyakan orang dekat sini buat sewa motosikal je.

Mereka ada grab! Tapi susah dapat. Lagipun jarak antara tempat-tempat yang menarik agak jauh sebenarnya. Penulis guna travel agensi jadi nak bergerak tu lebih teratur sebab ada driver.

Sekarang dah tiba masa penulis kongsi dengan korang keindahan Pulau Belitung yang korang tak kan jumpa dekat tempat lain. Penulis mula dengan hari kedua sebab hari pertama lepas flight, penulis makan malam, balik hotel then free and easy je.

Hari kedua:

Hari kedua trip ni fokus kepada Belitung Timur. Tempat shooting filem Laskar Pelangi dan kawasan letup untuk ambik gambar!

Ramai Gila orang dekat sini! Famous spot untuk insta foto katanya!

Actually, ada beberapa tempat menarik lagi yang sepatutnya penulis lawat. Tapi keadaan cuaca tak mengizinkan sangat. So, penulis just balik hotel dan rehat.

Hari ketiga:

Ini yang paling syok dan penulis nanti-nantikan. Island hoping time! MasyaAllah masa ni happy tak terkata. Pulau dia memang cantik. Ada beberapa pulau yang penulis pergi. Korang refer itinerary, okay?

Pulau Batu Garuda! Pulau ni, tak boleh pergi dekat sebab katanya tak de pasir, ada batu je! Tapi boleh mintak pemandu bot korang pergi dekat sikit dan ambik gambar macam bot dekat gambar.

Gambar original, tanpa editing tau! Masa penulis naik bot melalui laut mereka rasa sangat kagum! Masih ada penyu dan ikan terbang-terbang dekat air tu…

Pulau Lengkuas Guys… Sumpah lawa!!!

Rumah api ni la mercu tanda utama Belitung. Tak sampai sini, maknanya tak sampai Belitung lagi ye.

Letak jugak la gambar penulis! I look so small in this picture! Suka sebab nampak kurus.

Pulau dekat sini memang tarikan utama! Jujur cakap penulis datang sini pun sebab pulaunya.

Heaven sangat dapat spend masa dengan family!

Pulau Kelayang! Dekat sini yang special sekali ialah gua air masin. Best sebab, bila letak kaki ada ikan kecil akan makan sel kulit mati pada kaki. Geli sangat! Spa percuma.. Hehehe

Ops! Penulis lupa nak mention yang penulis ada snorkeling dekat pulau berdekatan dengan Pulau Lengkuas! Subhanallah!!! Cantik sangat, rasa terharu lihat hidupan air dia! Penulis sempat bersentuhan dengan Nemo dan Dori! Ala yang dalam filem animasi Finding Nemo tu! Terlalu asyik snorkeling lupa nak ambik gambar. Maaf ye!

Lokasi terakhir hari ketiga! Tempat pengambaran filem Laskar Pelangi yang berdekatan dengan pantai!

Hari keempat:

Wah! Dah nak kena balik rupanya, sedih sebab sebenarnya tak puas lagi. Walau macam mana pun sebelum balik penulis sempat singgah kerumah adat orang belitung dan danau kaolin.

Rumah adat orang Belitung. Kata orang sini, rumah setinggi ini hanya untuk penguasa daerah. Kalau orang biasa rumahnya tak boleh setinggi ni! Mesti kurang setengah meter dari tanah ukurannya!

Last but not least, ni la danau kaolin! Malangnya masa tu nak hujan lebat. Menurut tour guide penulis, danau ni kalau matahari terik ianya akan kelihatan kebiru-biruan. Cuma penulis kurang bernasib baik!

Begitulah tamatnya perjalanan penulis ke Belitung. Agak kecewa sebab dua hari hujan. Walau sekejap hujan, tapi ianya membantutkan perjalanan. Nak buat apa pun jadi susah, especially bergambar.

Bajet??? Jom usha dekat bawah!

Meninggalkan Belitung!

Bajet? Untuk ke Belitung macam pakej yang penulis ambil (4hari 3malam) ianya bernilai Singapore Dollar 569 bersamaan dengan RM 1729.93. Ni pakej all in termasuk tempat tinggal, makan, tour guide, snorkeling dan cukai lapangan terbang. Tak payah fikir apa dah, hanya fikir duit cenderahati je lagi.

Cuma, flight nya bermula dari Changi Airport, Singapura. Perjalanan nak ke Singapore on your own. Tapi ini masih dikira murah dan berbaloi! Sebab kalau pergi sendiri tiket flight sahaja je dah beribu. Tak percaya boleh buat research sendiri.

Disclaimer disini, mungkin ramai yang pelik kenapa penulis langsung tak cerita mengenai makanan. Sebenarnya pihak travel agensi ada sediakan makanan sebanyak 3 kali sehari termasuk sarapan di hotel.

Cuma beringat ye, tekak dan lidah masing-masing berbeza. Jadi, kalau boleh standby lah dahulu, bincang dengan travel agensi korang mengenai makanan yang korang boleh dan tak boleh makan. Alhamdulillah travel agensi penulis sangat memahami.

Sebelum terlupa, teh di Belitung tak ada gula ye. So, request awal-awal dengan travel agensi korang kalau nak teh yang ada rasa sedikit manis.

Sekian dulu coretan penulis! Jumpa lagi untuk trip seterusnya…

Facebook: MTN Gateways

SKIP THIS AD ×