berita

Tertekan Desakan Hutang, Ibu Nekad Dakap Anak Terjun Jambatan 330 Kaki

February 12th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Kemurungan atau depresi adalah masalah kesihatan yang nyata walaupun penderitanya selalu dikaitkan hanya dahagakan perhatian semata.

Seorang ibu dari Colombia yang mengalami masalah ini memeluk anak lelaki bersamanya sebelum terjun daripada jambatan.

Anak merayu tak terjun

Penyiasat mengatakan Jessy Paola Moreno Cruz telah diburu pengutip hutang sebelum membuat keputusan terjun dari Jambatan La Variente setinggi 330 kaki di Tolima.

Kanak-kanak berusia 10 tahun itu berpaut pada jambatan dan merayu kepada ibunya untuk tidak terjun sebelum kedua-duanya maut dalam tragedi itu.

Pegawai kecemasan telah merayu supaya Jessy tidak berbuat demikian, namun rayuan tersebut gagal. Pegawai bomba Rafel Rico berkata mereka meyakinkan wanita tersebut membatalkan niatnya namun dia tetap meneruskannya.

Penyelamat sebak tak dapat selamatkan

Pihak penyelamat dirakam tidak dapat menyembunyikan perasaan hiba apabila dua beranak itu terjun dari jambatan yang meragut nyawa keduanya. Ada penyelamat yang berpelukan sesama sendiri kerana tidak berjaya menyelamatkan mangsa dan terpaksa menyaksikannya di depan mata.

Datuk bandar Ibague tempat tinggal Jessy, Guillermo Alfonso Jaramillo berkata insiden itu sesuatu yang malan apatah lagi membabitkan ibu tunggal yang dalam menghadapi masalah kewangan.

Semuanya berakhir dengan sesuatu tidak terduga, malahan mengorbankan dua jiwa. Wanita ini yang juga ibu tunggal, dalam keadaan terdesak dengan tekanan hutang.

Sumber: Daily Mail 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×