berita

Tertukar Antara Fedtri Yahya Dengan Ally Iskandar, Adik Niaga Jeruk Dipuji Confident Level Tinggi!

June 11th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Seorang kanak-kanak lelaki yang berniaga jus dan jeruk mangga secara tiba-tiba menjadi perhatian ramai apabila dia terkeliru antara pengacara Ally Iskandar dan Fedtri Yahya. Tidak hairan jika ramai antara kita keliru dengan kedua pengacara ini disebabkan kebolehan masing-masing.

Terbaru, Fedtri Yahya menerusi perkongsian di Instagram mengakui masih ramai yang keliru di antara dirinya dan Ally Iskandar.

Keliru, macam pelanduk dua serupa

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Danish Zaifri sebelum ini telah ke set Malaysia Hari Ini (MHI) untuk memberikan makanan tersebut kepada pengacara program itu. Dia turut mengambil gambar bersama Ally Iskandar namun, tersalah ter-tag nama Instagram Fedtri Yahya.

Diberi kepada Fedtri yang sebenar

https://www.instagram.com/p/CBPvYB-AXoz/

Ekoran dari itu, kanak-kanak berusia 10 tahun tadi sekali lagi membawa makanan tersebut dan berikan kepada Fedtri Yahya yang ‘sebenar’.

Kali ini confirm tak salah

Kanak-kanak lelaki itu sempat bergambar dengan Fedtri Yahya sebagai kenangan. Sudah tentunya kali ini dia tidak lagi tersalah tag nama Fedtri Yahya. Difahamkan Zaifri berusaha mengumpul wang sendiri daripada hasil perniagaan itu untuk membeli sebuah konsol permainan video.

Sumber: Fedtri Yahya

SKIP THIS AD ×