Tidak dinafikan, pasangan bercinta yang melalui fasa percintaan jarak jauh (PJJ) sudah pasti ingin bertemu antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi apabila mereka menetap di dua negara yang berbeza.
Artikel berkaitan : Baru 5 Bulan Nikah, Lelaki Kerja Outstation ‘Tangkap’ Isteri Curang Dengan Suami Orang
Artikel berkaitan : Hantar Foto Dalam Bilik Tidur, Model Tudung Muslimah ‘Serang’ Isteri.. Cabar Suami Lafaz Cerai
Artikel berkaitan : [VIDEO] Kantoi Curang Dengan Wanita Lain, Suami Jujur Bosan Isteri ‘Rasa’ Vanila.. Minat Perisa Mangga Pula
6 tahun bercinta tapi tak pernah jumpa
Menerusi Stories yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Racunbyrynis di TikTok, dia berkongsi detik yang tidak akan dilupakan apabila lelaki yang dicintai selama enam tahun ‘menghilang’ secara tiba-tiba.
Itulah siapa suruh bercinta sampai 6 tahun tak pernah jumpa kan dah kena tipu.
Difahamkan, wanita terbabit pergi ke Singapura dari Ipoh, Perak semata-mata ingin membuat kejutan kepada lelaki bertuah itu.
First time naik flight sebab saya seorang yang berani. Datang ke Singapura untuk surprise kan dia sebab dia busy sangat.
Malah, teman lelakinya berjanji akan berjumpa untuk makan tengah hari bersama, namun ‘menghilangkan diri’ sehingga pukul 1.00 pagi.
Tengah tunggu dia sebab dia janji nak datang waktu lunch. Excited. Lambat sikit ye sebab ada meeting. Tak apa. Marah sikit sebab lapar.
Tak apa lah mungkin saya yang banyak berusaha daripada dia yang effortless.
Rupanya esok nak kahwin
Alangkah remuknya hati wanita ini apabila teman lelakinya hanya tampil meminta maaf melalui aplikasi WhatsApp dan memberitahu bahawa dia bakal bernikah dengan wanita lain pada keesokan harinya.
Abang minta maaf sayang. Abang memang tak dapat nak jumpa sayang. Abang minta maaf sangat-sangat sayang.
Esok abang dah nak nikah. Malam ni abang pergi ambil baju lepas tu terus pergi hotel nak rehearsal untuk esok.
Ujar lelaki itu lagi, dia sebenarnya tidak mahu memberitahu perkara tersebut malah dakwanya ada pergi mencari wanita itu di tengah panas kerana tidak dapat menghubunginya.
Jangan lah macam tu sayang. Abang kalau boleh tak nak bagitahu sayang abang nikah. Sumpah abang tak nak bagitau sebab tu abang tanya siang tadi kenapa datang minggu ni. Kenapa datang tak bagitau.
Sayang ingat abang tak excited ke sayang datang. Abang dah cari sayang petang tadi, abang dah jalan kat tepi tu cari sayang kat tengah panas tapi abang text sayang one tick je. Sayang ingat abang tak rasa apa-apa ke.
Video penuh
Sumber : @lemonmaneh_