Kontroversi rumah tangga Da’i Farhan yang berkahwin dengan Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih mesra dengan panggilan Dr Erin telah mendapat perhatian netizen pada akhir tahun lalu. Setelah beberapa bulan mendirikan rumah tangga, Dr Erin telah disahkan mengandung. Berita gembira ini dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya.
5 tahun tak terfikir nak mengandung
Dah 5 tahun tak pernah fikir nak cari benda ni. Tup tup semalam loya-loya muntah ingat sebab angin berpuasa. Tapi bila adik petrol pump tegur ‘akak ok ke nampak macam tak ok je tah tah berisi kot, maklumla memang musim dia ni’ terus gabra. Pagi ni pergi cari benda ni. Rasa macam dapat anak pertama je dia punya excited bila dia bagi 2 calit kat situ. Alhamdulillah rezeki ramadhan, covid 19 thank you sebab bagi semua kena kuarantin ada kebaikan juga ye. Maybe it’s too early to show off but excited dia lain macam sikit sebab dah lama sangat tak dapat news ni. Sorry tau.
Menurut Dr Erin, dia sudah 5 tahun tidak berfikir akan mengandung. Pada awalnya dia mengalami muntah-muntah dan mengesyaki ianya hanyalah disebabkan perutnya angin berpuasa. Namun selepas ditegur seorang pekerja pam minyak yang mengatakan muka dia kelihatan pucat, dia terus mencari alat ujian kehamilan. Dia begitu teruja kerana dia telah disahkan mengandung dan bersyukur atas rezeki yang diberikan.
Rezeki ramadan
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan berdoa agar sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.
Sumber: Dr Erin