berita

Teruja Nak Salam Anwar Ibrahim, Pelawaan Ifa Raziah Ditolak Kerana Ada Wuduk

April 14th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Keinginan penyanyi yang juga merupakan seorang usahawan, Ifa Raziah untuk bersalaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak kesampaian selepas ditolak Ahli Parlimen Tambun tersebut.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nanti Wan Azizah Tanya, Ini Temu Anwar Atau Temu Amelia?’ – DSAI Berseloroh, Bantu Amelia Henderson Hilang Gemuruh

Artikel Berkaitan: Jumpa Di Hotel Sebelum Berlakon, Acha Septriasa Kagum Sifat Keibuan Wan Azizah – ‘Dapat Bekal Makanan & Tasbih’

PM ada wuduk

Situasi tersebut berlaku ketika majlis berbuka puasa penggiat seni dan pengamal media bersama Perdana Menteri bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Menerusi video yang dimuat naik Ifa di Instagram (IG), dapat dilihat penyanyi berkenaan menghulurkan tangannya untuk bersalam namun ditolak Anwar kerana ingin menjaga wuduknya daripada terbatal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ifa Raziah (@ifa_raziah)

Respon netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Perdana Menteri yang menolak pelawaan bersalaman dengan Ifa secara elok dan tertib.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×