Keseronokan seorang lelaki yang meraikan penceraiannya dengan isteri bertukar tragedi selepas dia terjatuh ke dalam lombong kuari di Lagua Azul yang terletak di Campo Magro, Brazil.
Artikel Berkaitan: Ibu Terkejut, Dapat Panggilan Dari Sekolah Anak Patah Tangan Sebab Ditolak Rakan
Patah leher & pinggang
Memetik laporan portal Mirror, mangsa, Rafael dos Santos Tosta mengalami kecederaan patah di bahagian leher dan pinggang selepas tali yang mengikat kakinya tiba-tiba terputus dan menyebabkannya jatuh terjunam kira-kira 21 meter ke dalam lombong.
Dalam pada itu, pemuda berusia 22 tahun itu mendedahkan bahawa tindakannya melakukan aktiviti berunsurkan ekstrem itu adalah untuk menikmati kehidupannya sebaik mungkin selepas bercerai dengan isterinya.
Selepas bercerai, saya ingin menikmati kehidupan dalam setiap cara yang mungkin dan melakukan banyak perkara gila.
Difahamkan juga, Rafael ke lokasi tersebut bukan sahaja untuk meraikan penceraiannya malah untuk meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-22 dengan melakukan aktiviti bungee jumping bersama tiga orang lagi sepupunya.
Rafael itu kini dalam keadaan yang stabil dan sedang menjalani rawatan terapi intensif.
Sumber: Mirror