berita

Teruja Sambut BFF Bersalin, Wanita Terkejut Tanda Lahir Bayi Sama Macam Suami, Suami Mengaku Pernah Curang 30 Kali

November 19th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Hailey Custer dan suami, Travis Bowling (Daily Mail)

Siapa sangka keterujaan seorang wanita menyambut sahabatnya yang baru melahirkan anak mengakui kecewa selepas mendapat tahu bapa kepada bayi itu rupa-rupanya suaminya sendiri.

Suami curang dengan kawan baik

Foto: Hailey Custer dan suami, Travis Bowling (Daily Mail)

Memetik laporan Daily Mail, wanita yang dikenali dengan nama Hailey Custer mengakui tidak sangka suami, Travis Bowling yang dikahwininya sejak enam tahun lalu tergamak menjalinkan hubungan sulit dengan sahabat baiknya sendiri. Ibu kepada empat anak itu memaklumkan telah menjaga sahabat baiknya sepanjang tempoh kehamilannya sehinggalah selepas bersalin.

Hailey juga adalah individu yang kerap berurusan dengan pihak hospital termasuk membawa wanita itu ke hospital untuk pemeriksaan kehamilan dan proses kelahiran. Malah, dia sanggup memakai ‘wrist band’ kelahiran yang sepatutnya dipakai oleh suami sahabatnya itu. Hal ini dilakukan Hailey hanya kerana mahu memastikan kesihatan dan keselamatan sahabatnya itu terjaga.

Namun segala-galanya terbongkar selepas Hailey melihat bayi yang dilahirkan sahabatnya memiliki tanda lahir yang sama seperti suaminya, Travis. Hailey mula mengesyaki sesuatu dan bertanya kepada si suami. Suaminya akhirnya mengaku bahawa bayi berkenaan adalah hasil hubungannya bersama sahabat baik isterinya.

Kawan baik lahir anak suami

Foto: Hailey Custer dan sahabat baik

Hailey turut mendakwa suaminya telah berlaku curang bersama 30 orang wanita sepanjang perkahwinan mereka. Meskipun kecewa selepas dicurangi si suami, Hailey masih bertanggungjawab dan mengajak sahabat baiknya itu tinggal bersamanya.

Saya sentiasa memikirkan tentang anak-anak saya, bayi itu adalah saudara kandung mereka dan saya tidak akan menjadi orang yang menyebabkan kemudaratan kepada kanak-kanak itu.

Bercerita dengan lebih lanjut, Hailey memaklumkan sebelum ini dia dan sahabat baiknya itu adalah penagih dadah namun mereka dikatakan sudah tidak mengambil bahan terlarang itu. Kini hanya suaminya yang masih ‘bertarung’ melawan ketagihan dadah tetapi kadangkala dia pulang ke rumah dalam keadaan tak terkawal sehingga gagal mengawal emosi dan memukul Hailey dan sahabatnya itu.

Namun mereka tetap kuat dan menganggap ianya adalah kehidupan sebenar yang perlu dilalui. Hailey mengakui kasihan dengan nasib sahabatnya yang juga merupakan mangsa keadaan.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×