berita

Teruja Sambut Ramadan Pertama Sebagai Suami, Miller Khan Minta Isteri Belajar Masakan Malaysia

April 1st, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Pelakon kacak kelahiran Malaysia yang menempa nama di Indonesia iaitu Miller Khan meluahkan rasa teruja untuk menyambut Ramadhan pertamanya pada tahun ini sebagai seorang suami.

Artikel berkaitan : Tak Dapat ‘Terbang’ Ke Bali, Isa Khan Teruja Miller Balik Disember Ini – ‘Dah Hampir Dua Tahun Saya Tak Jumpa’

Artikel berkaitan : Nikah Di Bali, Miller Khan Sah Bergelar Suami Farina Rebecca

Artikel berkaitan : Kongsi Foto ‘Pre-Wedding’, Miller Khan Mula Terima Ucapan Tahniah

Teruja nak sambut Ramadhan

Menerusi laporan Grid.Id, Miller mengakui berasa teruja kerana ia merupakan tahun pertamanya untuk menyambut Ramadhan bersama isteri tercinta iaitu Farina Rebecca. Ujarnya lagi, dia turut meminta isterinya untuk memasak masakan Malaysia sebagai juadah untuk berbuka puasa nanti.

Saya dah suruh dia belajar masak masakan Malaysia.

Tambah Miller, dia meminta isteri belajar memasak kerana rindu akan tanah air kerana sudah lama tidak dapat pulang ke tanah Malaysia gara-gara pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara.

Dapat menikmati hasil air tangan isteri

Susulan daripada itu, dia berharap agar dapat menikmati masakan Malaysia hasil air tangan isteri tersayang.

Untuk melepaskan rindu saya pada makanan di Malaysia.

Untuk rekod, Miller telah melamar Farina di udara dengan menaiki helikopter pada 11 Mac 2021 ketika dibawa bersiar-siar di Jakarta, Indonesia dan telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya itu pada 10 November 2021.

Sumber : Grid.Id

SKIP THIS AD ×