Dikecam netizen selepas mengaku pulang ke Kulim, Kedah bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga, penyanyi Masya Masyitah menjelaskan bagaimana dirinya dan ibu mendapat kebenaran merentas negeri ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.
Sementara itu, dia turut menjelaskan sekeping foto raya bersama keluarganya adalah foto yang dirakam pada Aidilfitri tahun lalu.
Rentas negeri kerana PJJ
Memetik laporan BH Online, Masya menjelaskan dia dan ibu mendapat kebenaran merentas negeri oleh pihak polis pada hari Isnin lalu. Malah, ramai mempertikaikan kebenaran merentas negeri disebabkan PJJ yang dibuat penyanyi ini.
Sebaik permohonan diajukan kepada anggota polis bertugas, saya dan ibu bertanya apakah dibenarkan dua orang melakukan perjalanan rentas negeri, iaitu ibu saya dan seorang individu lain. Polis kemudian membenarkan dua orang melakukan rentas negeri berdasarkan permohonan dibuat. Ketika itulah kami memutuskan hendak pulang ke Kulim berdua.
Saya tinggal dengan ibu di Kuala Lumpur selama ini. Ayah, abang dan dua adik lelaki lain menetap di Kulim. Andai kebenaran rentas negeri itu hanya membenarkan ibu seorang sahaja pulang ke Kulim, kami nekad tidak balik beraya.
Jangan tiba-tiba nak menyerang
Sementara itu, Masya menjelaskan foto dirinya bersama keluarga yang mengenakan pakaian sedondon rona biru yang adalah gambar pada Aidilfitri tahun 2019.
Sudah jelas kapsyen tertera foto dirakam pada 2019, ketika COVID-19 belum menular. Namun, ada yang fikir itu gambar sekarang. Kalau tidak percaya, boleh rujuk foto raya yang saya kongsi di Instagram.
Sumber: Masya Masyitah, BH Online