berita

Teruk Kena Kecam, Penganjur Expo Tatu Separuh Bogel Akhirnya Mohon Maaf

December 3rd, 2019 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Foto beberapa individu tampil dalam keadaan separuh bogel ketika acara Malaysia Tatoo Expo 2019 baru-baru ini, telah viral di media sosial. Menerusi foto yang viral, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan penganjuran acara sedemikian yang bertentangan dengan agama dan nilai moral masyarakat di Malaysia.

Terbaru, menerusi laporan Malaysia Kini, penganjur Tatoo Expo Malaysia 2019 iaitu Blackout Trading, memohon maaf berhubung isu membabitkan peserta pertandingan tersebut yang berada dalam keadaan separuh bogel.

Insiden tersebut tidak sengaja

Menurut pengasas expo berkenaan, Carlos atau lebih dikenali sebagai Benny, insiden yang berlaku pada 29 November sehingga 1 Disember lalu merupakan perbuatan yang tidak sengaja dilakukan. Tambahnya, dia memohon agar netizen tidak menyalahkan Kementerian Pelancongan, Seni Budaya (MOTAC), serta Biro Konvesyen dan Pameran (MyCEB) berhubung isu tersebut.

Bagi pihak jawatankuasa penganjur Tattoo Expo Malaysia 2019, Blackout Trading, kami secara ikhlas meminta maaf atas kecacatan yang berlaku semasa ekpo itu.

Di samping itu, dia turut meluahkan rasa kesal dengan kajadian yang berlaku malah berjanji bahawa kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi.

Gagal memberikan butiran terperinci

Mengenai kerjasama dan sokongan daripada MyCEB, Carlos memberitahu bahawa mereka sememangnya mendapat sokongan daripada MyCEB. Tetapi, mereka gagal memberikan butiran terperinci mengenai aktiviti semasa pameran tersebut.

Siasatan menyeluruh terhadap penyebaran gambar separuh bogel itu turut mendpaat perhatian Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi. Beliau turut mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan ke atas kejadian itu.

Saya difahamkan ia diadakan secara tertutup tetapi ia telah melanggar tatasusila.Penganjuran acara bertaraf antarabangsa adalah baik untuk industri pelancongan negara tetapi bukan dengan cara yang tidak mempamerkan wajah sebenar Malaysia yang penuh kesopanan dan kesusilaan.

Expo yang sama turut diadakan di Sabah sebelum ini. Namun, tiada kejadian yang tidak diingi berlaku di sana.

Sumber: Malaysia Kini

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×