berita

‘Terus Peluk Adik Dia..’ – Dua Beradik Terkejut Nampak Ibu Terbujur Kaku Bawah Kereta

October 6th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Kehilangan insan tersayang terutamanya anggota keluarga memang sangat sedih dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Begitulah yang dialami dua-beradik ini apabila melihat ibu kandung sudah terbaring di atas jalan raya dengan keadaan tidak bernyawa selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan.

Mayat ibu terkujur bawah kereta

Cerita pagi tadi, jalan sungai ular. Benda yang paling mmy takut adalah kehilangan. Tiap kali toklaki nak pergi kerja pesan sokmo bawak kereta/motor molek. Harini naik kereta pergi kerja. Kalau naik moto takut sokmolaa, otw nak pergi kerja tadi toklaki Whatsapp ato gambar orang baru accident. Yang meninggal seorang makcik yang naik moto, tu gambar anak-anak dia. Anak dia yang laki tu otw nak pergi hantar adik dia pergi sekolah. Lepas tu dia tengok ada orang accident berhenti tengok mak dia yang terbujur kaku duk bawah kereta. Allah, tak tergambar perasaan seorang anak. Jatuh rebah nangis peluk adik dia, sedihnya ya Allah. mmy dah pernah rasa kehilangan seorang bernama ibu. Sdih dia tak boleh nak cakap. Mmy doakan adik-adik ni kuat, macam mana nak hadap bangun pagi esok mak dah tak hidup. Allahuu, semoga dipermudahkan segala urusan adik-adik ni. InsyAllah Aamiin. Tiap kali tengok orang accident sokmo terpikir macam mana pengakhiran hidup aku? Anak-anak aku nanti gane? Allah xleh nk mikir, Al fatihah (dibaca) buat ibu adik ni.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Nurfa Ray, dia berkongsi kejadian sebenar yang menimpa keluarga itu. Menurut wanita ini, kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta. Ketika kejadian itu berlaku, suami Nurfa yang melalui kawasan tersebut telah mengambil beberapa foto kemalangan itu sebelum menghantarkan kepadanya.

Dalam foto tersebut kelihatan seorang remaja lelaki bersama seorang kanak-kanak lengkap berpakaian sekolah yang dipercayai merupakan anak mangsa sedang terduduk dan berpelukan di tepi jalan raya melihat mayat ibu mereka. Difahamkan, remaja lelaki berkenaan dalam perjalanan menghantar adik perempuannya itu ke sekolah tetapi alangkah terkejutnya apabila melihat ibu mereka sudah terbaring di bawah kenderaan.

Netizen luah rasa sedih

Sumber: Nurfa Ray

SKIP THIS AD ×