Meskipun ibu kepada selebriti Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil pernah bersuara untuk mengambil tindakan undang-undang, namun masih terdapat segelintir pengguna media sosial yang menabur fitnah terhadapnya.
Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang, Difitnah Minta Bella Serahkan Salah Seorang Cucu Supaya Adil
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fitnah Ibu Aliff Aziz, Wanita Tampil Mohon Maaf – ‘Benda Tu Bukan Original Daripada Saya, Peace No War’
Difitnah warganet
Menerusi perkongsian Hafiza di Instagram Story, terdapat satu kenyataan palsu dan berbaur fitnah telah dimuat naik di platform media sosial.
‘Ramai yang sokong Bella, korang dapat duit ke dari Bella tu? Ingat Bella cantik sangat ke? Korang sokong betul.’ – Siti Hafiza Aliff Aziz.
Tidak berdiam diri, ibu kepada aktor berusia 33 tahun itu tampil mempertahankan diri dan yakin tidak semua individu akan mudah percaya akan kenyataan tersebut.
Alhamdulillah, teruskanlah dengan difitnah-fitnah selagi anda boleh dan mampu.
Bagi yang waras pemikiran, sudah pasti dapat membezakan yang benar atau pun fitnah.
Dalam masa yang sama, Hafiza juga menegaskan bahawa ketika ini dia dan keluarganya lebih mengutamakan kehidupan mereka selain menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
Kami sudah lama ‘move on with our lives’ dan lebih mengutamakan kehidupan kami dari mengambil tahu tentang orang lain.
Insya-Allah, Allah akan uruskan selebihnya. Amin.
Terdahulu, Hafiza meluhkan rasa berang dengan kenyataan seorang individu yang mendakwa dia telah meminta bekas menantunya Bella Astillah untuk menyerahkan salah seorang anak mereka kepada Aliff.
Sekadar info, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016.
Bagaimanapun pasangan itu akhirnya bercerai buat kali kedua pada 13 Jun lalu dan Aliff bersetuju untuk memberi hak penjagaan anak mereka iaitu Ayden Adrean, 7, serta Ara Adreanna, 4, kepada Bella.
Sumber: IG Siti Hafiza