
Seorang individu meluahkan rasa kecewa terhadap kualiti choco jar yang dipercayai dijual oleh pempengaruh, Ameera Khan.
Artikel Berkaitan: Individu Kongsi Pengalaman Jumpa Ameera Khan Depan Mata, Akui Memang Cantik – ‘Dia Paling Menyerlah’
Artikel Berkaitan: Netizen Terkebil-Kebil Biji Mata Tengok ‘Oufit’ Ameera Khan Tepi Pantai
Indah khabar dari rupa
View on Threads
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, individu terbabit memaklumkan bahawa dia merupakan salah seorang pembeli ‘tester’ choco jar milik Ameera Khan.
Pada hantaran yang sama, individu berkenaan memuat naik foto yang memaparkan perbezaan antara choco jar yang dipasarkan dengan produk sebenar.
Dua dua adalah tester tapi…
Expectation vs Reality. Terdiam seribu bahasa. Tester pun kena bayar tau bukan percuma, tapi dapat macam ini.
Indah khabar dari rupa.
Menurutnya, dia pernah membeli choco jar keluaran Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) sebelum ini dan mengakui produk tersebut mempunyai rasa coklat yang berkualiti tinggi.
Namun, individu terbabit akui kecewa dengan keadaan coklat yang diterimanya menerusi pembelian ‘tester’ kali ini kerana teksturnya yang didakwa kering.
Saya pernah beli dulu memang sedap.
Sekali tester…Tak sama langsung dengan yang dipromosikan.
Kenapa jual benda lain dari yang tunjuk?
Sumber: Threads @istnhudsnta