Hantaran terbaharu pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu di media sosialnya telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Jep Sepahtu Kesal Nama Ditunggang – ‘Dalam Podcast Tu Kebanyakannya Direka & Ditokok Tambah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jep Dedah Dah Pujuk Ahli Sepahtu, Terpaksa Akur Dengan Keputusan Bawa Diri – ‘Saya Tak Ada Daya Itu’
Perkongsian Jep
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin memuat naik sekeping foto dirinya bersama anggota Sepahtu iaitu Rahim dan Ilya Buang serta aktor Ropie.
Paling menarik perhatian adalah kapsyen yang ditulis oleh pelawak berusia 39 tahun itu berserta emoji hati berwarna putih.
Tetaplah menjadi baik walaupun nama kita buruk dalam cerita orang lain.
Jep juga menggunakan lagu Kenangan Lalu nyanyian kumpulan Flaybaits sebagai latar audio di hantaran tersebut.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan sokongan mereka terhadap Jep dan memberikan kata-kata semangat buatnya.
Dalam masa yang sama, mereka juga menyambut baik andai Ropie turut serta di dalam program Sepahtu Reunion.
Sumber: IG Jep Sepahtu