berita

Tewas Main Badminton, Imran Aqil & Tunang Kena Bau Stokin – ‘Ending Dia Tak Boleh Tahan’

December 30th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyampai radio, Imran Aqil dan tunangnya, Dahlia Rizal terpaksa menghidu bau stokin setelah tewas dalam permainan badminton, semalam.

Pantang undur kecuali operasi

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pasangan ini dipercayai tewas dalam permainan badminton bersama ahli keluarga. Oleh sebab itu, mereka terpaksa menghidu bau stokin. Imran dan Dahlia turut melakukan ‘osom’ bagi menentukan siapa yang akan bau terlebih dahulu.

Ternyata kemenangan berpihak kepada Imran dan Dahlia terpaksa bau terlebih dahulu. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! pasangan ini kelihatan kurang selesa sebaik sahaja menghidu bau stokin tersebut. Gelagat Dahlia yang cuba mengipas Imran ketika giliran tunangnya itu mencium stokin membuatkan peminat ‘single’ cemburu.

Sebab kalah badminton kene bau stokin Alif (Abang Dahlia). So osom untuk pilih turn siapa bau dulu.

Menjengah di ruangan komen, segelintir netizen meluahkan rasa kesal mereka kerana menonton video tersebut. Ini kerana, mereka masih single. Bahkan ada di antara mereka juga tidak dapat membayangkan bau stokin yang dicium oleh Imran dan Dahlia.

Video

@imjeebster

pantang undur kecuali operasi

? original sound – iJeebster – iJeebster

Sumber: Imran

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×