berita

‘Thank You Baby’ – Ucapan Siti Nordiana Buat Khai Bahar Sempena Kejutan Ulang Tahun Kelahirannya

November 22nd, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-35, penyanyi dan pelakon Siti Nordiana diberi kejutan istimewa apabila rakan baiknya, Khai Bahar melakukan surprise buatnya semalam.

Menerusi akaun Youtube Khai, dia melakukan kejutan tersebut sebaik sahaja pulang daripada penggambaran. Siap bawa kek, hadiah, unicorn dan nyanyi sekali!

Happy Birthday

Menerusi video berdurasi 2:52 saat, Khai memberitahu bahawa dia akan melakukan kejutan khas buat Siti Nordiana bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-35 penyanyi itu. Berpakaian hospital, Khai dan beberapa rakan produksinya membawa kek, hadiah dan unicorn buat Nana. Sebaik tiba di salah sebuah restoran, Nana kelihatan terkejut dan gembira apabila Khai menyanyikan lagu ‘Selamat Ulang Tahun’ dan ‘Perlukan Mu’ semasa melakukan surprise untuknya.

Thank you baby

Menerusi Instagram Khai, ramai rakan artis dan peminat memberikan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat Nana. Namun, komen istimewa yang ditinggalkan oleh Nana terhadap Khai iaitu ‘Thank you baby’ ternyata mencuri tumpuan netizen.

Sumber: Khai Bahar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×