Aksi tidak senonoh yang dipamerkan band dari British, The 1975 sewaktu membuat persembahan di Festival Good Vibes, pada Jumaat lalu telah menimbulkan rasa marah dalam kalangan netizen terutama penggiat seni.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Telah Diundang Maka Itulah Yang Dapat’ – Matty Healy Tuding Salah Dekat Penganjur
Artikel Berkaitan: Edry Abdul Halim ‘Pangkah’ The 1975 – ‘Di UK Orang Tahu Perangai Mereka Teruk’
Insiden tersebut turut menyorot perhatian penyanyi terkenal, Datuk Sheila Majid.
Contoh terbaik kebodohan
Menerusi hantaran di Instagram, Sheila menyifatkan tindakan band tersebut sebagai perkara kurang bijak serta hanya mementingkan diri.
Malah, Sheila meluahkan rasa simpati dengan nasib beberapa pihak lain yang terpaksa menanggung akibat buruknya.
Contoh terbaik kebodohan! The 1975, begitu ramai orang telah kehilangan pendapatan mereka termasuk penganjur, krew produksi, pemuzik, penghibur dan lain-lain kerana tindakan anda yang mementingkan diri sendiri dan melulu di Festival Good Vibes.
Tidakkah anda tahu berapa banyak wang yang dibelanjakan dan berapa bulan yang diperlukan untuk menganjurkan acara sebesar ini?
Apatah lagi mereka yang telah membeli tiket untuk menonton band lain?
Tegas Sheila lagi, menjadi terkenal bukan ‘tiket’ untuk berkelakuan tidak sopan di hadapan umum.
Menjadi terkenal tidak memberi anda hak untuk berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.
Walau apa pun pendapat atau keutamaan jantina anda, kami tidak berminat untuk mengetahuinya.
Anda sepatutnya bermain muzik! Acara 3 hari telah diharamkan hanya kerana anda. Adakah anda dan rakan kumpulan anda bangga dengan diri anda sendiri atas perkara ini?
Begitu ramai penghibur yang telah terbang tidak dapat membuat persembahan kerana anda mementingkan diri sendiri dan perbuatan bodoh anda.
Justeru, pelantun lagu Sinaran itu berharap, insiden terbabit menjadi pengajaran kepada semua pihak.
Orang seperti anda yang memberikan kesan yang sangat buruk kepada industri muzik. Jadikan ini sebagai pengajaran kepada semua penghibur.
Hormati undang-undang negara tempat anda beraksi. Fikir sebelum bertindak kerana ia bukan hanya tentang diri sendiri.
Bagaimanapun, menerusi pemerhatian OhBulan! Sheila telah pun memadam hantaran berkenaan.
Pada Jumaat lalu, The 1975 bertindak beraksi biadap ketika menjayakan persembahan pada hari pertama Festival Good Vibes 2023 yang berlangsung di Litar Sepang Antarabangsa, Selangor.
Selain mempertikaikan undang-undang lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) di Malaysia, vokalis The 1975 iaitu Matty Healy juga bertindak mencium anggota kumpulannya yang juga lelaki, Ross McDonalds di atas pentas.
Bertambah teruk lagi, Haely yang sedang memegang botol arak ketika membuat persembahan turut meludah dan mempamerkan beberapa aksi kurang sopan.
Susulan itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi ciapan di Twitter memaklumkan baki acara Festival Good Vibes 2023 telah dibatalkan serta merta.
Sumber: Instagram