berita

The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia Ada Promosi Raya Special, Jom Pergi Nanti!

April 6th, 2024 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Berpuasa dalam keadaan cuaca yang panas terik banyak mengajar kita tentang erti kesabaran. Dalam kepala memang terbayang air je la. Nikmatnya kalau dapat minuman yang sejuk dan sedap sewaktu berbuka puasa. Badan terus jadi segar!

Cerita pasal minuman ni, tiba-tiba teringat dengan aneka minuman dan hidangan yang enak di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia. Memang ramai yang sukakannya. Apatah lagi coffee lover kan?

Paling best, sekarang The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia ada promosi istimewa sempena Ramadan dan Raya!

The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia ada promosi Raya Special!

Raya korang tahun ni akan lebih bermakna bersama The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia. Nak tahu kenapa? Ada promosi Raya Special yang cukup gempak bermula Hari Raya pertama sehingga 14 April 2024!

Promosi ni sangat istimewa untuk korang yang beli mana-mana Ice Blended di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia. Korang boleh dapat minuman kedua dengan diskaun 50% tau. Serius berbaloi.

Sementara tu, masih belum terlambat untuk korang berbuka puasa bersama The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia hari ni. Ada promosi sampai akhir Ramadan ni!

Raikan Ramadan bersama The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, ada promosi Beli 3 Percuma 1!

Berita menarik dari The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia! Bersama tagline “Our Flavor Journey, Your Raya Symphony“, korang boleh nikmati promosi sempena Ramadan iaitu Beli 3 Percuma 1 yang ditawarkan sehingga akhir Ramadan ni. Syoknya!

Cara nak dapatkan promosi Beli 3 Percuma 1 ni senang je. Korang hanya perlu ke kafe The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia berdekatan dan tunjukkan kod promosi istimewa yang korang dapat daripada media sosial. Tunjuk je artikel ni, lagi mudah!

Promosi Beli 3 Percuma 1 ni membolehkan korang untuk beli 3 minuman buatan tangan di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia dan pilih satu minuman percuma. Bukan senang nak dapat tawaran macam ni tau. Waktu bulan Ramadan je ada!

*Tertakluk pada terma dan syarat

Ada hidangan berbuka puasa bersama citarasa tempatan yang berinovasi baharu

Selain minuman, korang boleh berbuka puasa dengan hidangan inovatif di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia. Berinspirasikan tradisi dan juadah Malaysia tersendiri, ia menyatukan kegemaran klasik dengan inovasi baharu yang hebat. Ini antaranya!

  • “Mee Siam” Spaghetti

Mulakan ‘pengembaraan citarasa’ tempatan dengan Spaghetti ‘Mee Siam’ kami. Seperti namanya, ia merupakan hidangan mee klasik yang dipermodenkan, bagi meraikan kekayaan kulinari di Malaysia.

  • Kapitan Pizza

Nikmati perisa berani dengan pizza ni. Ia menampilkan ayam cincang berperisa dan sos Kapitan istimewa yang kaya dengan rempah ratus unik. Tengok gambar pun dah terliur!

Tapi apa la ertinya jamuan Ramadan kalau tiada pemanis kan? The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia juga ada pencuci mulut sempena Ramadan yang jadi kegemaran rakyat Malaysia!

Ini antara pencuci mulut ikonik sempena Ramadan yang korang kena try!

  • Butterscotch Swirl

Korang yang suka pastri wajib cuba pencuci mulut ni. Saduran butterscotch dan coklat karamel masin membentuk inti pastri yang enak. Dilengkapi dengan muesli buah dan kacang yang rangup. Serius sedap!

  • The Cendol

Kek ni berinspirasikan pencuci mulut Malaysia yang tak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Bulan Ramadan korang akan lebih ceria dengan kek bersama lapisan santan, kacang merah manis dan jeli cendol yang lazat ni.

  • Pineapple Tart

Potongan buah nanas, dengan campuran kacang tanah hancur dan kepingan badam. Bukan setakat rangup, sedap pulak tu. Dah cuba sekali tart ni, mesti nak repeat!

  • The Straits

Wajib cuba kek ni guys! Gabungan kek span Pandan tradisional dengan rasa manis asli Gula Melaka. Diperkaya pula dengan krim dan keju mascarpone. Memang terangkat!

Jom iftar bersama The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia hari ni!

Kami nak ingatkan lagi yang promosi Beli 3 Percuma 1 dalam masa terhad sehingga akhir Ramadan. Kalau terlepas, memang rugi. Jangan lupa kongsikan berita tentang promosi ni kepada keluarga dan kawan korang!

Tekak pun dah craving ni. Apa kata petang nanti kita singgah kafe The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia? Boleh beli minuman dan pencuci mulut yang sedap sebagai hidangan berbuka puasa dengan promosi istimewa sempena Ramadan. Yay!

Nikmati kesemua hidangan pemanis mulut bermusim kesemua dengan promosi ‘Ramadan Dessert Special’ sah sehingga hujung bulan Ramadan.

Dengan setiap pembelian mana-mana dua minuman buatan tangan, korang juga boleh menikmati satu pemanis mulut secara percuma.

Nak info lebih lanjut tentang The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia? Korang boleh klik SINI ya.

SKIP THIS AD ×