Bulan Ramadan dah menghampiri waktunya, dan tak lama lagi giliran Syawal pula muncul tiba. Tapi, korang dah bersiap sedia ke nak berpuasa? Kalau belum, rasanya ini pecutan terakhir untuk korang tau. Dah boleh dah ajar anak-anak niat berpuasa dan doa berbuka puasa. Senang nanti tak kelam kabut.
Dan sepanjang Ramadan tahun ni, elok kalau kita berazam untuk jadikan ia sebagai Ramadan terbaik. Yelah, semua ni pun akan jadi kenangan yang best untuk diingati nanti. Tambah-tambah kenangan time raya, seronok weh! Paling best kalau dapat beraya dekat kampung. Dia punya feel raya tu lain macam. Haaa… kali ni admin nak bawa korang sambut raya di kampung dalam bandar!
‘Kenangan Manisku’ mengimbau suasana beraya di kampung
Kalau korang nak tahu, the Curve, Mutiara Damansara tahun ini kembali dengan konsep hari raya yang awesome. Tahun ni difahamkan lebih seronok dan luar biasa kerana tema Kenangan Manisku bakal membuatkan korang terkenang dengan suasana sewaktu zaman kanak-kanak ketika beraya di kampung halaman.
Bermula 3 Mei 2019 sehingga 6 Jun 2019, bahagian ruang legar di tengah-tengah pusat membeli belah the Curve bakal diubah suai dan dihiasi dengan latar belakang suasana kampung yang unik. Lakaran cat air di bahagian dinding rumah papan menjadikan ia nampak seperti rumah kampung sebenar tau. Dan admin yakin ini pasti membuatkan korang rasa macam betul-betul berada kat rumah Opah!
Bagi yang suka selfie atau bergambar, dekorasi suasana kampung yang diilhamkan daripada Penang street art ini juga pasti tak akan mengecewakan korang weh. Siap ada pokok-pokok dan basikal tua lagi. Paling penting jangan lupa upload di Facebook, Instagram atau Twitter dan letak hashtag #KenanganManisku.
Jom main permainan tradisional!
Haa… ini baru raya di kampung! Dekat ruang legar atau Centre Court the Curve ni jugak nanti, korang turut berpeluang untuk cuba bermain dengan beberapa jenis permainan tradisional seperti tarik upih, lombat getah dan congkak.
Tak tahu macam mana cara nak main? Jangan risau sebab pihak the Curve ada menyediakan ilustrasi khas yang secara jelas memaparkan cara permainan tersebut dimainkan. Dan kami difahamkan ada staf juga akan bantu korang sewaktu sesi permainan tersebut. Sambil berseronok tu, boleh la juga kenalkan anak-anak korang dengan permainan nostalgia kita waktu kecil. Sekurangnya mereka tahu warisan tradisional lama.
Persembahan Muzikal Kenangan Manisku
Part ni admin rasa paling menarik. Kalau korang nak tahu, mood raya korang akan lagi Onz dekat sana sebab korang bakal dihiburkan dengan persembahan Muzikal Kenangan Manisku pada setiap hujung minggu atau hari cuti umum. Melalui persembahan tu nanti korang dapat la tengok macam mana suasana sebenar orang-orang kampung bergembira bermain permainan tradisional dan sibuk membuat persiapan raya diiringi dendangan lagu raya. Syok weh!
Waktu Persembahan
Antara 3 Mei hingga 6 Jun 2019
Setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad sahaja)
2.00 Petang dan 5.00 Petang
Ganjaran dan hadiah menarik
Haaa… bukan setakat dapat main permainan tradisional dan enjoy muzikal je tau. Bagi pengunjung yang berbelanja dekat the Curve sepanjang Ramadhan ni. Ada ganjaran dan hadiah untuk korang. Bagi pembelian sebanyak RM480 ke atas dengan maksimum dua resit, korang berpeluang menebus Kole Air Nostalgia tau. Bukan senang ya nak cari kole tu!
Manakala, bagi korang yang berbelanja minimum RM180, korang boleh menebus satu set sampul raya ekslusif Kenangan Manisku daripada the Curve! Comel je sampul tu. Dah boleh simpan satu untuk bagi duit raya dekat admin nanti. Dan bagi yang membeli-belah guna aplikasi Boost pulak, kalau korang berberlanja RM50, korang akan dapat rebat segera RM10. Untung sakan!
Jom beraya dekat kampung di the Curve
Apa pun admin seru korang semua supaya jangan lepaskan peluang untuk rasai pengalaman beraya di kampung sepanjang Ramadan ini bermula 3 Mei 2019 sehingga 6 Jun 2019 dekat the Curve, Mutiara Damansara. Sambil-sambil shopping tu, boleh la layan perasaan throwback balik kampung awal.
Kalau korang nak tahu lebih banyak informasi dan perkembangan tentang sambutan hari raya the Curve tahun ni, korang boleh hubungi talian Pegawai Khidmat Pelanggan the Curve 03-7710 6868 atau layari laman sesawang the Curve, juga Facebook dan Instagram the Curve!