berita

The Exchange TRX Ada Rooftop Berkeluasan 10 Ekar, Restoran & Jenama Antarabangsa Pertama Di Malaysia!

November 28th, 2023 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Akhirnya! The Exchange TRX akan dibuka secara rasmi pada 29 November ini!

Dengarnya ini bukan shopping mall biasa-biasa tau. Nak tahu kenapa? Sebab The Exchange TRX menawarkan pelbagai pengalaman makan-makan serta membeli-belah baharu yang tiada di tempat lain!

Jom kami kongsikan kelebihan The Exchange TRX:

1. Taman di rooftop berkeluasan 10 ekar yang pertama di Malaysia 

Selalunya kalau korang nak buat apa-apa aktiviti, mesti korang akan cari taman yang membolehkan korang beriadah dan buat macam-macam lagi bersama rakan-rakan dan keluarga kan.

Kalini, The Exchange TRX telah bawakan taman di atas rooftop yang sangat unik dan boleh dijadikan sebagai tempat bersosial, beriadah, bersukan dan banyak lagi yang korang boleh lakukan di sana.

Dengan berkeluasan 10 ekar yang lapang dengan kehijauan, ia dijadikan sebagai tempat kawasan permainan kanak-kanak dan mempunyai water feature yang sangat cantik dan indah.

Antara aktiviti riadah yang korang boleh buat disana adalah seperti:

  • Yoga
  • Joging
  • Membaca
  • Bersosial dan meraikan acara seni budaya, komuniti dan sukan
  • Konsert atau festival
  • Boleh celebrate atau buat aktiviti pada hari perayaan seperti Krismas atau Pesta Malam Tahun Baru
  • Ada bengkel lukisan Batik Krismas dan persembahan meriah, pertunjukan dron, bunga api yang menakjubkan

Kalau korang nak raikan Krismas dengan aktiviti-aktiviti menarik, boleh pergi ke sana! Memang meriah betul.

2. Nikmati pengalaman kecantikan dan membeli belah yang mewah.

Bukan sekadar tempat beriadah, The Exchange TRX juga menampilkan senarai besar jenama-jenama terkemuka dan mewah untuk memudahkan korang berbelanja.

Korang akan rambang mata dengan pilihan jenama mewah yang ada especially  buat korang yang memang gemarkan barangan berjenama mewah serta perkhidmatan kecantikan premium.

Pelbagai pilihan vendor kosmetik terkemuka dunia ada di TRX!

Galeri Kecantikan Exchange TRX menawarkan jenama kecantikan yang popular di dunia seperti jenama penjagaan kulit mewah Switzerland, La Prairie yang pertama di Malaysia dan salah satu jenama kosmetik mewah tertua di dunia, GUERLAIN.

GUERLAIN menyediakan pelbagai pilihan peralatan kosmetik, minyak wangi serta penjagaan kulit Perancis.

Menerapkan unsur kemewahan dan keanggunan hasil gabungan elemen kehijauan dan teknologi moden, korang boleh membeli produk-produk GUERLAIN di presint ‘Beauty Galleria’ The Exchange TRX, butik pertama mereka di Malaysia.

Selain itu, jenama kecantikan kultus Drunk Elephant juga membuat first opening kedai mereka dengan rekaan pintu batu bata dan mortar pada pintu masuk nya buat pertama kalinya di seluruh dunia. Mesti cantik kan? Tak sabar nak tengok!

Jenama pakaian dan peralatan sukan mewah pun ada!

Bukan sekadar tempat beriadah, The Exchange TRX juga telah menampilkan senarai besar dari jenama-jenama terkemuka dan mewah seperti GENTLE MONSTER di mana ia terkenal dengan reka bentuk yang tidak konvensional. 

Butik ini juga menampilkan rupa yang sangat unik dan korang kena pergi tengok sendiri nanti. 

Buat korang yang gemar melakukan aktiviti lasak dan bersukan, korang boleh dapatkan jenama pakaian Alo Yoga. Jenama ini menawarkan pelbagai rekaan pakaian sukan yang menarik. Paling penting, pakaian mereka semua selesa! 

Siapa yang suka berfesyen dengan konsep kontemporari, nanti korang akan teruja dengan adanya jenama Maison Kitsuné di The Exchange TRX. Koleksi fesyen nya dipengaruhi oleh Paris dan Tokyo yang menggabungkan keselesaan dan kesederhanaan dengan kecanggihan yang kreatif. 

Paling menarik, siap ada Café Kitsuné bersebelahan dengan butik Maison Kitsuné. Jadi, buat penggemar kopi, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Café Kitsuné yang bakal di buka buat julung kalinya di Malaysia.

Cuba kopi yang penuh aroma dengan padanan manisan berkonsepkan French-Japanese, gabungan ini pastinya bakal membuatkan korang teringat-ingat akan rasa eksklusif yang hanya boleh dinikmati di Café Kitsuné

3. Pilihan makanan di The Exchange TRX menarik.

Banyak restoran menarik yang ada di The Exchange TRX. Korang tinggal pilih je nak makan apa.

Bagi korang yang suka makanan Jepun, korang boleh la makan di Seibu Food Hall yang terletak di tingkat bawah. Banyak pilihan makanan Jepun yang ditawarkan di sana seperti ramen dan sushi.

Disamping itu, korang juga boleh berkunjung ke restoran lain, antaranya: 

Burger Shake Shack 

Jangan risau! Korang boleh nikmati burger enak di rangkaian restoran terkenal Shake Shack! Tak perlu dah korang nak ke luar negara lepas ini, kalau craving korang hanya perlu ke The Exchange TRX je. Mudah!

Amazonas by Kenny Hills Bakers

Image from TRX

Siapa je yang tak tahu Kenny Hills, rangkaian kafe super popular ini bakal memeriahkan The Exchange TRX dengan restoran terbaru mereka iaitu Amazonas yang mengetengahkan konsep restoran Latin Amerika rooftop dan bar.

Ha.. Korang mesti dah tahu macam mana sedapnya makanan-makanan yang disajikan Kenny Hills kan?. Jadi, tak perlu diragukan lagi kredibilit Amazonas, di sini korang dijamin tidak akan pulang kecewa dengan seleksi menu yang ditawarkan.

Fuhhh, macam-macam ada kan? 

Semua jenama-jenama ini mesti korang tak pernah tengok dekat Malaysia kan? Ha… Semua ini terletak di dalam bangunan Tun Razak Exchange yang berkeluasan 70 ekar. Pusat membeli belah ini bakal menjadi pusat gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.

Paling best, kalau korang berbelanja di The Exchange TRX, korang siap boleh tebus hadiah Krismas yang menarik wehhh!

Ha…excited tak guys? Jom lah kita serbu The Exchange TRX ni nanti!

Untuk pengetahuan korang, The Exchange TRX akan dibuka untuk orang awam pada 29 November 2023 nanti. Ada banyak tarikan menarik menanti korang. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk rasai sendiri keunikan pusat membeli belah tersebut nanti!

Nak tahu lebih lanjut, korang boleh check-it-out Instagram dan Facebook mereka serta memuat turun aplikasi mudah alih Exchange TRX di Google Play dan Apple Store untuk navigasi dan ganjaran eksklusif! 

SKIP THIS AD ×