berita

The Fabulous Cats Tampilkan Tasha Shilla Dalam MV Sebulatnya

July 23rd, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-07-23 at 10.41.24 AM

Tak dinafikan, lagu berjudul Sebulatnya nyanyian The Fabulous Cats sememangnya mempunyai lirik dan melodi yang menarik. Sekali dengar, kami pasti anda akan tertarik dengan beberapa bait liriknya yang menyentuh hati.

Bagi pendengar radio, lagu ini tidaklah asing lagi ditelinga masing-masing. Namun, tahukah anda, The Fabulous Cats baru saja melancarkan muzik video rasmi bagi lagu Sebulatnya ini?

Menerusi MV berdurasi 5.50 minit ini, ia mengisahkan tentang seorang wanita yang kecewa dengan kekasihnya kerana telah menduakannya. Namun, disebalik perkara yang berlaku, rupanya kekasihnya (Cat Farish) telah dituduh membunuh seorang wanita ditempat parkir kereta.

Menariknya, MV ini telah menampilkan Tasha Shilla yang memegang watak wanita yang telah dibunuh.

Screen Shot 2013-07-23 at 10.42.09 AM

Menampilkan Tasha Shilla sebagai watak mangsa bunuh

Screen Shot 2013-07-23 at 10.42.32 AM

Cat Farish dituduh sebagai pembunuh

Apa pun, lagu Sebulatnya oleh The Fabulous Cats ini sememangnya mempunyai keunikan dalam melodinya. Jom tonton video selepas ini ya!

SKIP THIS AD ×