berita

The Killers Adakan Konsert Di Malaysia September Ini!

July 24th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-07-24 at 4.27.13 PM

Berita baik untuk para peminat The Killers! Anda masih ingat lagu Mr. Brightside atau mungkin Somebody Told Me?

Ya betul! The Killers bakal turun Malaysia pada September ini di Helipad Sepang International Circuit (SIC). Dibawakan khas oleh Future Sound Asia, kumpulan rock dari Amerika ini bakal menemui anda pada 22 September dan kami pasti, ramai yang sudah tidak sabar untuk menunggu ketibaan mereka.

Dianggotai oleh Brandon Flowers, Ronnie Vannucci Jr., Dave Keuning, dan juga Mark Stoermer, The Killers telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan sehingga kini telah pun melancarkan 4 buah album dimana album terbaru mereka ialah Battle Born (2012).

Konsert The Killers ini juga diadakan sempena siri jelajah bagi album Battle Born. Anda sudah dapatkannya atau belum?

Sehingga kini, belum ada maklumat menyeluruh mengenai harga tiket. Namun, menerusi poster The Killers Live In Malaysia, tiket dijual pada harga RM238 (general) dan RM358 (premier) dan anda boleh dapatkannya di Rock Corner Outlet dan juga www.boxtix.asia.

Apa pun, mari kita dengar salah satu lagu terbaru The Killers dari album Battle Born bertajuk Battle Born.

SKIP THIS AD ×