berita

The Rock Pelakon Paling Mahal 2019, Terima Bayaran RM373.8 Juta Setahun

August 22nd, 2019 | by Shahira
Hollywood

Tahun lalu, bekas ahli gusti World Wrestling Entertainment (WWE) yang kini bergelar seorang pelakon terkenal, Dwayne Johnson telah tersenarai di kedudukan kedua antara pelakon yang menerima bayaran paling lumayan.

Namun, pada tahun ini pelakon filem terkenal ini telah mengungguli senarai pelakon yang mendapat bayaran yang tinggi dan telah menewaskan beberapa pelakon terkenal yang lain seperti Chris Hemsworth, Robert Downey Jr. dan Jackie Chan.

Memperoleh RM373.8 juta setahun

Menerusi majalah Forbes, pelakon yang membintangi filem ‘Jumanji’ dan ‘Fast and Furious’ ini memperoleh pendapatan sebanyak AS$89.4 juta (RM 373.8 juta) sejak bulan Jun 2018 sehingga Jun 2019. Jumlah pendapatannya pada tahun ini meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Keseluruhan pendapatan ini juga termasuklah daripada pendapatan dan keuntungan yang diperoleh daripada beberapa filem lain. Johsnon menerima bayaran AS$700,000 (RM2.92 juta) bagi setiap episod siri terbitan HBO, ‘Ballers’ dan menerima bayaran royalti tujuh angka menerusi rangkaian pakaian, kasut dan fon kepala di bawah jenama terkenal Under Armour.

Tersenarai di bawah kategori selebriti

Dwayne Johnson tersenarai di bawah kategori selebriti yang menerima bayaran tertinggi. Kesemua penerima yang berada di bawah kategori ini termasuk lah  penulis, pemuzik, personaliti, atlet dan juga pelakon.

Sebelum ini Dwayne Johnson bersama pasangannya, Lauren Hashian telah mengumumkan perkahwinan di instagram milik mereka yang telah berlangsung di Hawaii pada 18 Ogos yang lalu.

Sumber: Forbes

SKIP THIS AD ×