berita

The Rock Tak Puas Hati Putera William Dinobat Lelaki Botak Paling Seksi Di Dunia

March 29th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Baru-baru ini Google telah mengeluarkan satu carta ‘sensasi’ iaitu carta Lelaki Botak Paling Seksi Di Dunia 2021. Ia dikatakan ‘sensasi’ kerana carta tersebut telah dimenangi oleh Putera William dan kemenangan tersebut membuatkan pelakon Dwayne Johnson atau dikenali sebagai The Rock merasa tidak puas hati akan kenyataan tersebut.

‘Mengarut boleh kalahkan Larry David?’

Menerusi di Twitter, The Rock secara bergurau mengatakan carta tersebut tidak masuk akal kerana dia berpendapat bahawa Larry David yang sepatutnya menang dan ingin undian dilakukan semula gara-gara keputusan tersebut tidak boleh diterimanya. Namun, carta tersebut telah menobatkan kerabat diraja Britain iaitu Putera William sebagai juara yang telah dipilih menerusi jumlah carian terbanyak mengenai lelaki botak di Google.

Pada tahun lalu, sebanyak 17.6 juta carian mengenai Putera William dicari oleh pengguna internet. Naib juara bagi lelaki botak paling seksi adalah Mike Tyson iaitu lagenda boxing dunia manakala kedudukan tempat ketiga dimenangi oleh pelakon Jason Statham. Walau bagaimanapun, The Rock mendapat tempat kesembilan di hadapan pelakon Fast & Furious iaitu Vin Diesel.

Sumber : Metro.co.uk

SKIP THIS AD ×