berita

Thor: The Dark World, Siapa Penentu Legasi Asgard?

November 1st, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

TM-04371_R

Pastinya ramai pembaca di luar sana yang menantikan kemunculan sekuel Thor di pawagam-pawagam tempatan untuk mengetahui sambungan kisah mengenai hero Asgard tersebut dan adiknya, Loki.

Baru sahaja ditayangkan semalam, filem Thor: The Dark World sudah mula trending di Twitter Malaysia dan difahamkan banyak kerusi di panggung wayang yang terhad untuk menonton filem ini.

Bagi yang belum menonton, apa kata luangkan sedikit masa untuk membaca ulasannya di sini supaya anda mendapat sedikit gambaran mengenai perjuangan Thor kali ini.

Kesinambungan filem ini dimulakan dengan pertarungan antara Dark Elves yang diketuai oleh Malekith dengan bapa Odin, Bor.

Setiap 5000 tahun, akan berlakunya satu kejadian kosmik yang menyebabkan kesemua titik pertemuan Nine Realms bertembung.

Dalam pertarungan itu, Malekith cuba merampas sebuah artifak yang dikenali sebagai Aether untuk mengembalikan zaman kegelapan buat semua planet.

Namun niat jahat Malekith berjaya ditumpaskan dan Bor mengarahkan Aether ditanam supaya tidak ditemui oleh sesiapa.

TM-12912_R

Sementara itu di London, Jane Foster (Natalie Portman) yang sedang menjejaki punca kejadian luar biasa di sebuah kilang lama telah disedut masuk ke sebuah dunia yang lain.

Kejadian misteri itu telah membawa Jane ke tempat Aether disimpan dan secara tak sengaja kuasa Aether telah meresap masuk ke dalam badannya.

Thor (Chris Hemsworth) mula mengesyaki sesuatu dan terus turun ke bumi untuk mencari Jane dan membawanya ke Asgard untuk diubati.

TM-14199_R

Konflik bermula apabila Malekith yang disangka telah pupus kembali bangkit daripada hibernasi dan mula menjejaki Jane untuk mendapatkan semula Aether.

Asgard kemudiannya diserang oleh Malekith dan orang kanannya hingga menyebabkan kematian isteri Odin iaitu Frigga.

Dalam keadaan terdesak, Thor meminta bantuan daripada Loki (Tom Hiddleston) untuk membalas dendam di atas kematian ibu mereka sekaligus menghapuskan Dark Elves.

thor-the-dark-world

Secara peribadi, OHBULAN! berpendapat filem sekuel ini lebih memuaskan hati daripada filem Thor sebelum ini.

Ini kerana pengarah dan penulisnya berjaya menyelitkan unsur-unsur jenaka yang lebih banyak antaranya menerusi babak Thor dan Loki bergurau sewaktu melarikan diri dari Asgard.

Selain daripada itu, filem ini juga berjaya mewujudkan perasaan menyentuh hati di kalangan penonton apabila melihat Thor dan Loki mula membuang perasaan dendam di antara mereka.

Namun begitu, adakah kebaikan yang ditunjukkan oleh Loki kepada abangnya cukup ikhlas? Atau benarkah Loki tidak akan membelot sebaik sahaja dia dilepaskan daripada penjara untuk membantu Thor?

ThorThe-Dark-World

Kalau nak tahu apakah kesudahannya, jangan lupa saksikan Thor: The Dark World di pawagam berdekatan anda dalam masa terdekat ini.

Tetapi pastikan anda tidak terus keluar dari panggung selepas tamat tayangan. Sebaiknya anda tunggu beberapa minit selepas kredit dikeluarkan untuk mengetahui apa yang bakal berlaku dalam sambungan filem epik ini akan datang.

Sebelum itu, jom tonton dulu trailer Thor: The Dark World di bawah. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×