berita

Throwback Momen ‘Panik Raya’ 2022

April 22nd, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Masih ingat lagi momen-momen sambutan Hari Raya tahun lepas? Kami pasti mesti semua kelam kabut nak buat persediaan raya dan sudah semestinya momen-momen itu disimpan dalam lipatan sejarah dan kenangan kita.

OhBulan! kongsikan kembali ‘throwback’ momen Hari Raya 2022!

Pengumuman Hari Raya Aidilfitri

Setiap tahun inilah pengumuman yang paling dinanti-nanti, semua rakyat Malaysia akan tertunggu-tunggu di hadapan televisyen untuk mendengar pengumuman daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. Bukan itu sahaja, satu Malaysia akan meneka apakah warna baju yang akan dipakai oleh beliau.

Tapi pengumuman raya tahun lepas yang paling tidak diduga kerana tiada siapa yang menyangka Aidilfitri bakal jatuh pada keesokkan harinya selepas pengumuman dibuat. Kelam kabut!

Balik kampung mengejut

Foto: Harian Metro

Setelah pengumuman dibuat, rata-rata ramai yang masih belum mengemas pakaian mereka lagi untuk pulang ke kampung, malah masih ada yang bekerja.

Namun disebabkan raya jatuh pada keesokan hari, ramai penduduk bandar yang mengambil keputusan untuk terus pulang ke kampung pada malam itu juga.

Tak jadi tarawih

Gambar sekadar hiasan

Pada hari pengumuman, ramai yang masih ke masjid untuk menunaikan solat sunat tarawih seperti pada malam-malam sebelumnya. Namun, setelah pengumuman dilakukan, ramai jemaah yang berpatah balik ke rumah kerana mahu menyiapkan persiapan raya mereka.

Berebut beli bahan memasak

Gambar sekadar hiasan

Seusai pengumuman dilakukan, orang ramai dilhat berpusu-pusu ke kedai untuk membeli bahan-bahan memasak juadah Hari Raya. Antaranya seperti ayam, daging, santan dan bawang.

Panik raya menyebabkan ada yang tidak dapat membeli bahan-bahan yang diperlukan dan kedai juga diserbu sehingga lewat malam serta bekalan penjual juga habis diborong.

Tak tidur masak juadah raya

Gambar sekadar hiasan

Bagi kaum ibu pula, pastinya akan membuat persediaan awal untuk masak juadah raya tetapi oleh kerana Hari Raya ditetapkan awal sehari, maka terpaksalah satu keluarga tidak dapat tidur untuk menyiapkan makanan.

Kaum ibu ternyata hebat, walaupun dalam keadaan panik juadah tetap terhidang di pagi raya.

Kenangan Hari Raya mengejut dan panik tahun lepas sudah semestinya tidak dapat dilupakan walaupun mesti ramai yang tidak cukup tidur. Bagaimanapun, itulah kemanisan yang tak akan dilupakan sampai bila-bila.

SKIP THIS AD ×