berita

Thursday Trailer : “Beautiful Creatures” Mampukah Lari Dari Dunia Kegelapan?

February 21st, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

Beautiful Creatures

Bagi peminat filem di luar sana yang gemarkan cerita bergenra fantasi romantik serta mistik, ini ada cerita terbaru yang ingin kami syorkan kepada anda, iaitu filem “Beautiful Creatures.”

Filem yang diadaptasi daripada sebuah novel tulisan Kami Garcia dan Margaret Stohl ini bakal menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Alden Ehrenreich, Alice Englert, Jeremy Irons, Emma Thompson serta Viola Davis.

Filem “Beautiful Creatures” ini menceritakan tentang kehidupan seorang gadis bernama Lena Duchannes (Alice Englert), yang berasal daripada sebuah keluarga ahli sihir. Sewaktu Lena ingin menyambut ulangtahunnya yang ke 16 tahun, dia bakal berhadapan dengan ‘Caster’ (sihir untuk orang biasa), di mana pada waktu itu nasib akan menentukan sama ada Lena bakal berada di dalam dunia kegelapan ataupun dunia yang penuh dengan cahaya terang.

Namun begitu, sebelum menjelang ulang tahun Lena yang ke 16, gadis ini telah berteman dengan seorang rakan sekelasya, Ethan Wate (Alden Ehrenreich) dan mereka telah mula menjalinkan hubungan cinta. Antara cinta dan keluarga siapakah yang bakal Lena pilih?

Untuk ketahui lebih lanjut, jangan lupa untuk saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda sekarang! Pastinya peminat filem “Twilight Saga” tidak melepaskan untuk menonton filem “Beautiful Creatures” ini bukan? Tambahan pula genra cerita kedua-dua filem ini lebih kurang sama.

Di sini ada sedikit sedutan trailer filem “Beautiful Creatures.” Jom serbu pawagam berhampiran anda selepas waktu kerja nanti!

SKIP THIS AD ×