berita

Thursday Trailer : “Chernobyl Diaries”, Anda Tak Keseorangan

August 23rd, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Tragedi Chernobyl pastinya menjadi satu kisah yang tidak akan dapat dilupakan oleh mangsa-mangsanya. Kejadian letupan reaktor nuklear yang berlaku pada tahun 1986 telah merubah kehidupan para penduduk dan juga pandangan masyarakat terhadap reaktor nuklear.

Pelbagai jenis filem telah diadaptasi daripada tragedi Chernobyl. Namun yang terbaru iaitu “Chernobyl Diaries” pula mengisahkan tentang sekumpulan pelancong yang telah mengupah seorang pemandu pelancong ekstrem untuk membawa mereka melihat suasan bandar tinggalan Chernobyl. Namun disebalik bandar yang sudah lama ditinggalkan ini, rupanya ada makhluk lain yang turut berada di sana.

Filem ini dibintangi oleh Jesse McCartney, Jonathan Sadowski dan Olivia Dudley. Ia akan berada di pawagam pada 6 September ini.

SKIP THIS AD ×