berita

‘Tiada Apa-Apa Perbincangan & Syarat Untuk Rujuk Kembali’- Bekas Isteri Pertama Da’i Farhan

May 7th, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Semalam, viral di media sosial apabila isteri Da’i Farhan iaitu Dr Erin membuat satu pengakuan bahawa dia dan suaminya sudah sah bercerai pada 27 April yang lalu. Terbaru, bekas isteri pertama Da’i Farhan iaitu Fatin Nurul Ain tampil memberikan penjelasan bagi mengelakkan sebarang salah faham berikutan isu antara dia dan bekas suaminya.

Tiada apa-apa perbincangan

Assalamualaikum wbt. Sekadar makluman bagi mengelakkan ada sebarang silap faham. Tiada apa-apa perbincangan berkenaan hal rujuk kembali antara saya dengan bekas suami. Selepas dari berpisah, saya sepenuhnya menggunakan ahli keluarga saya sebagai orang tengah, sekiranya ada apa-apa perhubungan atau perbincangan yang ingin bekas suami lakukan bukannya terus dengan saya.

Menerusi Facebook Fnama Fatin, dia memberitahu bahawa tiada sebarang perbincangan dilakukan bersama bekas suaminya untuk mereka kembali bersama. Tambahnya, dia hanya bergantung sepenuhnya kepada keluarga sejak dia bercerai.

Tidak pernah letak syarat

Pendirian ahli keluarga saya itulah pendirian saya. Ahli keluarga saya masih berpendirian untuk saya istiqamah dengan kehidupan sekarang kerana ahli keluarga sentiasa menyokong dan membantu saya dan anak-anak. Ahli keluarga saya tidak pernah meletakkan apa-apa syarat untuk rujuk kembali kerana ahli keluarga teguh dengan pendirian biarlah saya dan anak-anak hidup bersama ahli keluarga.

Semoga dengan makluman ini, saya berharap agar segala silap faham dapat dielakkan. Dan di bulan yang mulia ini, ayuh sama-sama kita fokus pada amal ibadah dan mengejar keredhaan Allah serta mudah-mudahan kita menjadi hambanya yang bertaqwa.

Di samping itu, dia turut memaklumkan bahawa keluarganya tidak meletakkan sebarang syarat untuk mereka kembali rujuk semula. Malah, mereka sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukannya sekarang ini. Sempena bulan Ramadan ini, Fatin berharap masyarakat di luar sana tidak salah faham mengenai isu yang sedang berlaku.

Walau bagaimanapun, Fatin telah memadam status penjelasan ini selepas beberapa minit dimuat naik di Facebook.

Sumber: Fnama Fatin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×