berita

Tiada Apa Yang ‘Istimewa’ Antara Kami – Talha Harith Jelas Isu Foto Tersebar

February 15th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2013-02-15 at 3.25.47 PM“Memang dia bukan teman wanita saya,” tegas Talha Harith yang popular menerusi drama ‘Setia Hujung Nyawa’.

Talha ketika dihubungi OHBULAN! telah meluahkan rasa terkejut terhadap fotonya yang tersebar bersama seorang gadis bernama Farah Syazreen. Menurut Talha, gambar itu adalah gambar lama dan ia terbukti melalui potongan rambutnya yang sedikit berlainan dengan sekarang.

“Itu adalah gambar sekitar 6 bulan lepas dan kami pun sudah lama tidak berjumpa.”

Talha yang dikenali menerusi drama ‘Juvana’ juga menegaskan hubungan mereka hanyalah sekadar kawan biasa dan tidak mahu peminat salah faham dengan perkara yang berlaku.

“Saya kenal dia sebagai kawan biasa. Tiada yang ‘istimewa’ antara kami. Selepas mengetahui gambar ini tersebar, saya terus menghubungi Farah dan bertanya padanya.”

“Sejujurnya, dia banyak membantu saya ketika susah senang dan kami masih mengenali hati budi masing-masing. Tapi, kami belum ada apa-apa hubungan,” tambah Talha lagi.

SKIP THIS AD ×