Foto: Daily Star
Di Mexico, telinga seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan hampir terpotong oleh seorang doktor selepas menjalani pembedahan yang terpaksa menggunakan telefon bimbit berikutan bekalan elektrik terputus ketika itu.
Telinga hampir terpotong
Foto: Daily Star
Menerusi laporan Daily Star, gadis muda Karla Urizandi, 19, selamat melahirkan anaknya Juan Adriel Solis pada 6 Jun yang lalu di Klinik Pakar Antarabangsa di Mexicali, Baja California dan bekalan elektrik ketika itu didakwa terputus hampir 26 minit. Urizandi dimasukkan ke hospital pada jam 11 pagi sebelum dibawa ke bilik pembedahan pada 12.40 tengah hari.
Bagaimanapun, bekalan elektrik didakwa terputus kira-kira 12.48 tengah hari dan penjana sandaran juga dipercayai tidak berfungsi. Memperincikan detik tersebut, remaja ini masih ingat ketika bius digunakan sebelum lampu secara tiba-tiba terpadam.
Tiga telefon bimbit dihalakan ke perut saya untuk pencahayaan dan mereka mula melakukan pembedahan itu.
Saya beritahu tidak mahu mati kerana insiden itu sangat menakutkan.
Sangat takut ketika itu
Foto: Daily Star
Ujar ibu muda ini lagi, dia sangat takut ketika doktor melakukan prosedur pembedahan sebelum telinga kiri bayi itu hampir terpotong ketika pakar cuba mengeluarkan hemangioma (tanda lahir vaskular) yang menyebabkan kepala bayi itu membengkak.
Selepas beberapa minit, saya dengar bayi menangis. Asalnya saya tidak tahu bayi mengalami kecederaan sehingga suami beritahu tentang berita buruk tersebut.
Saya kecewa sebab menunggu doktor atau individu lain datang dan memberikan penjelasan, namun ia tidak berlaku.
Berikutan daripada itu, pasangan ini dilaporkan akan memfailkan laporan insiden kepada Pejabat Peguam Negara Baja California berikutan kecuaian doktor dan pusat perubatan berkenaan.
Sumber: Daily Star