
Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah menepis dakwaan yang mengatakan dirinya telah menerima rombongan merisik daripada seorang jejaka.
Artikel Berkaitan: Dr Fie Beli Kereta Proton e.Mas 7, Catatan Ibu Raih Perhatian – ‘Lepaskan Apa Yang Telah Pergi, Yang Lebih Baik Menanti’
Artikel Berkaitan: ‘Kifarah Itu Wujud’ – Dr. Fie Dakwa Nubhan Makin Lantang, Wujud Akaun Palsu ‘Backup’ Diri?
Tidak pernah berlaku

Ketika ditemui OhBulan!, Dr Afifah yang mesra dengan panggilan Dr Fie berkata perkara itu tidak pernah berlaku, namun mengakui ada menerima beberapa mesej di media sosial daripada individu yang ingin berkenalan.
Bagaimanapun, Dr Fie berkata dia kurang percaya dengan jodoh di media sosial tetapi tidak menolak sekiranya itu yang ditentukan oleh Allah SWT.
Merisik di media sosial mungkinlah kot tetapi merisik secara formal itu tidaklah. Tidak berlaku apa pun tentang merisik.
Baru sangat (perceraian). Bagilah saya enjoy hidup secara single dahulu.
Mungkin ada yang rasa saya dah habis iddah. Dulu tiada pula begini, sejak kebelakangan ini saja.
Biasalah di media sosial ramai yang boleh cuba sekarang. Saya tidak percaya sangat dengan jodoh media sosial tapi kalau Allah kata jumpa jodoh dekat situ, kita nak cakap apa kan.
Pun begitu, Dr Fie berkata dia tidak pernah serik untuk mendirikan rumah tangga lagi kerana baginya usianya masih belum terlambat.
Bila berpisah nak kata fobia itu tidak cuma lebih berhati-hati sebab pernah ada pengalaman tapi tiadalah sampai rasa macam tak nak langsung.
Buat masa sekarang tiada lagi. Saya sibuk mahu membina kerjaya dan perniagaan saya. Ramai yang dah tanya saya, saya ni masih doktor gigi ke tak lagi sekarang sebab muka saya sering di media sosial.
Untuk rekod, Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Dr Fie pada 29 Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada Disember lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, Ahmad Aafan, dan Afzan Nayille.





![[VIDEO] ‘Kami Tak Berdendam Dengan Ibu Kandung Arwah’ – Abang Angkat Amir Qusyairi](https://asset.ohbulan.com/2026/08/amir-1.jpg)

![[VIDEO] Kastam Indonesia Kongsi Rakaman CCTV Penahanan Juruterbang Malaysia Didakwa Seludup Dadah, Sebotol Urin Turut Dirampas](https://asset.ohbulan.com/2026/08/juruterbang2.png)
