berita

Tiada Bukti Ganja Boleh Rawat Penyakit

September 20th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

 

Ramai yang mengetahui bahawa ganja merupakan sejenis dadah yang masih lagi diharamkan di Malaysia. Semalam, Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan bahawa minyak ganja akan hanya digunakan dalam kajian semata bukan untuk rawatan alternatif.

Terbaru seorang doktor berkongsi dengan netizen menerusi Facebook miliknya mengenai sebab ganja masih lagi haram disisi undang-undang.

Ada prosedur tersendiri

LEGALISASI GANJA??

Telah kesekian kali saya sebut dalam artikel sebelum ini bahawa apa-apa bahan yang nak dijadikan ubat kenalah dikemukakan beserta kajian yang kukuh. Perlu juga dibuat dengan mematuhi peraturan yang ada dalam negara. Kita ada undang2-undang.

Kena sampai berjaya berdaftar dengan KKM dibawah NPRA. Kalau tak berjaya daftarkan, tak boleh la guna bahan berkenaan. So in the first place buat semua benda tu dulu. Selesai didaftarkan, profesional kesihatan sahaja boleh handle. Bukan sembarangan orang entah sesiapa sahaja. Kalau betul nak guna ganja dengan cara yang betul, kena setuju lah dengan perkara ini.

Setiap ubat harus jalani kajian klinikal

Menerusi posting yang mendapat tanda suka melebihi 200 itu turut menyatakan bahawa setiap ubat yang berada dipasaran tidak terlepas dari melalui proses ujian klinikal.

Dalam perubatan, kajian terhadap bahan yang akan digunakan sebagai ubatan hendaklah melalui kajian klinikal berupa controlled trial. Ia adalah kajian sekurang-kurangnya bertahap Evidence Level II. Semua ubat-ubatan moden di pasaran, hatta Paracetamol pun, telah melalui proses yang serupa. Begitu juga ubatan berasaskan ganja seperti Sativex. Kajian berupa case report dan case series, apatah lagi kajian makmal atau kajian ke atas haiwan tidak cukup kuat untuk membuktikan keberkesanan dan keselamatan sesuatu bahan kepada tubuh badan manusia.

Saya lega dengan keputusan terbaharu KKM berkaitan isu ganja ini.

Baca:

PUTRAJAYA: Health Ministry today said cannabis oil can only be used for research and not as alternative medicine.

Untuk buat research pun kena melalui proses-proses tersendiri. Tidak boleh sesekali jadikan entry ini untuk legalisasikan ganja secara meluas.

Tiada data yang cukup untuk guna ganja dalam perubatan

Menerusi News Straits Times, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiada lagi data yang mencukupi untuk menyokong kegunaan ganja dalam perubatan malah hanya minyak kanabis sahaja akan dipertimbangkan kegunaanya dalam penyelidikan.

Tambahnya lagi, sejak ganja diklasifikasikan sebagai ubat bahaya dibawa Akta Dadah Berbahaya 1952, tidak pernah lagi mana-mana doktor menggunakan jenis dadah tersebut dalam merawat pesakit.

Sumber: Dr Suhazeli Abdullah, News Straits Times

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×