berita

‘Tiada Istilah Berpantang Dalam Rawatan Moden’ – Doktor Kongsi Mitos Pemakanan Ibu Selepas Bersalin

August 28th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita yang melahirkan anak digalakkan menjalani proses berpantang untuk menjaga kesihatan luaran dan dalaman. Para ibu perlu berpantang dari segi pemakanan dan juga pergerakan fizikal. Namun kepelbagaian amalan berpantang ini boleh memberi kekeliruan terutamanya kepada para ibu muda.

Doktor Say Shazril di Instagram berkongsi tips penjagaan yang boleh diamalkan ibu-ibu selepas bersalin. Menurutnya, tiada bukti saintifik yang mengatakan fungsi badan seseorang akan terjejas sekiranya tidak berpantang dengan betul.

Perlukah berpantang?

Semalam baru saya berkesempatan menonton Youtube Analisis TV Alhijrah mengenai topik yang hangat diperkatakan lately yakni ‘Perlukah Berpantang?’.

Teringat kembali dulu masa bini tidak mengamalkan pantang, kami dikecam teruk siap ada yang cakap Ace warded hospital jangkitan paru-paru berpunca daripada pada bini makan Mykori (shaved ice dessert) dalam tempoh pantang. Fuuuh libatkan Ace skali tapi tak apa Ace dah maafkan dia maka hari ini mari kita sembang lebih mendalam mengenai isu panas ni k peeps? Terpulang atas kehendak dan kepercayaan masing-masing but lets keep an open conversation here okay?

Ditegaskan awal-awal saya respect berpantang mengikut adat Melayu tapi memandangkan saya belajar perubatan moden, saya decide lebih baik saya amalkan apa yang saya pelajari melalui pembacaan daripada amalkan apa yang saya dengari melalui pengalaman.

Tidak ada istilah berpantang

To be honest sewaktu medical school even semasa bekerja sebagai doktor, tidak pernah saya terbaca atau terjumpa chapter on “what to do postpartum” which means tidak ada istilah berpantang dalam perubatan moden dan that was what me and my wife did lepas dia bersalin, Absolutely no restrictions tapi kami stick dengan basic medical knowledge kami.

Selalu medical ni detail, kalau baca pasal satu penyakit, fuuh daripada definisinya, kuman apa penyebabnya, bagaimana kuman tu menyebabkan penyakit tu, bagaimana nak tau jenis kuman penyebab tu sampailah kepada bagaimana nak rawat kuman tu.

Tapi bila sampai what to do postpartum, Nothing which means lepas bersalin tiada sekatan dalam pemakanan (cuma harus sihat dan seimbang), tiada sekatan dari pergerakan (ikut kemampuan dan tahap kesakitan) dalam erti kata lain amat memudahkan.

Harus berpantang sepanjang hidup


Next part saya rungkaikan mitos makanan berpantang mengikut garis panduan Kementrian Kesihatan Malaysia sebagai contoh “jangan minum air nanti urat kembang”, “jangan makan buah yang sejuk nanti kejang otot”, “jangan makan telur nanti bisa” dan banyak lagi. Sabaq naa peeps bagi saya gomol Ace puas-puas dulu.

Ingat post kali ni nak bercerita pasal mitos-mitos pemakanan dalam pantang tapi memandangkan komen on last post banyak yang saya rasa saya perlu addresskan maka saya addresskan dalu eh? Juga seperti sebelum ni lets keep an open conversation here okay peeps, tak mahu condemn okay?

Nak amalkan bergantung, tak nak amalkan tergantung. Masing-masing dah besar dan boleh buat pilihan sendiri. Saya hanya beri fakta mengikut sains dan perubatan.

Satu, ade yang komen kata “badan nak guna lama” kalau tak jaga pantang nanti masa umur 30-40an badan akan terjejas. Statement ni tiada basis scientifically. Saya tanya balik, sekiranya dalam tempoh 44 hari ni anda berpantang ketat-ketat dan masuk hari ke 45 dan ke atas anda indulge makan fast food, tak bersenam, tak lead healthy lifestyle ikut logik akal, anda rasa badan anda akan tahan lama tak?

Adakah dengan berpantang ketat selama 44 hari tu anda jamin anda tak akan kena darah tinggi, kencing manis, osteoporosis dan pelbagai penyakit lain? Bagi saya seseorang itu baik wanita mahupun lelaki seharusnya berpantang sepanjang hidup yakni mengamalkan pemakanan dan lifestyle yang sihat dan seimbang baru lah “badan tahan lama”.

Urut selepas bersalin

Kedua, sebelum saya go specifically kepada jenis makanan yang katanya tak boleh diambil sewaktu berpantang, rule of thumb tentang makanan ni teramat simple. Any makanan yang tidak mengakibatkan alahan kepada seseorang itu boleh dimakan. Sekiranya makanan tu tak buat badan anda merah-merah dan gatal-gatal, tak buat pernafasan anda semput, tak buat anda tiba-tiba loya dan muntah ia boleh dan selamat dimakan.

Kiranya anda boleh makan apa jua lepas bersalin asalkan ia sihat, seimbang dan tidak menyebabkan alahan. Kan mudah berpantang tu dak?

Saya tau mesti ramai yang tak puas hati dengan pandangan saya mengenai pantang modern ni. Saya tak menolak 100% pantang tradisional, in fact lepas bini bersalin saya carikan orang untuk tolong urut dia untuk 3 hari untuk relax kan badan dia. Cuma tak ada lah saya suruh dia berlipas, bertangkas, bergelumas tu.

Kalau anda rasa aktiviti-aktiviti itu memberi ketenangan kepada anda silakan sebab tujuan utamanya memang nak relax kan dan galakkan peredaran darah. Okay next part saya cerita in detail mengenai mitos pantang pemakanan okay peeps? By the way, Ace bedak tebai kirim salam semua.

Minum air 6 hingga 8 gelas sehari

Paling famous once upon a time walaupun dah ramai tak amal kan (tapi harus ditekankan) “jangan minum banyak air nanti urat saraf kembang. Ibu dalam pantang perlu minum air secukupnya, 6 hingga 8 gelas sehari untuk keseimbangan electrolyte, pulihkan kecergasan badan tak paling penting for milk production.

Cara lagi senang, minum air bila terasa dahaga. Saya perasan each time bini susukan Ace mesti dia dahaga gile maka tiap-tiap kali nak feed dia sediakan sebotol air. No such thing as saraf (nerve) kembang sebab minum air bukan lalu saraf pun, mengarut.

Next yang ramai masih amalkan “jangan makan telur/ayam/ikan nanti gatal dan luka bentan”. Macam saya cerita dalam part 2 kalau anda tiada alahan kepada makanan yang saya listkan tadi tak akan berlakunya gatal-gatal. In fact luka akan lambat sembuh sekiranya anda menolak makanan ni sebab they are rich in protein yang membina sel-sel baru lantas memulihkan luka bersalin.

Menggigil kerana puerperal pyrexia

 

Lepas bersalin dulu hari-hari saya masak telur untuk bini dan after 1 week tertutup elok luka czernya. Tambahan, makanan ni provide zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah menggantikan darah yang hilang semasa kelahiran mengelakkan anemia.

Paling ultimate, “jangan makan bayam, timun, tembikai sebab makanan ni sejuk nanti kejang otot”. Ramai ibu komen dekat previous post apasal diorang kena menggigil dan rata-rata salahkan termakan makanan “sejuk” ni. Well peeps menggigil tu kalau bukan disebabkan puerperal pyrexia (demam dalam tempoh 6 minggu selepas bersalin) adalah normal.

Ini disebabkan selepas uri keluar, darah sebanyak 800ml/min yang disalurkan kepada rahim akan dialirkan kepada organ penting seperti jantung dan otak gradually maka darah ke peripheries yakni kaki dan tangan akan kurang maka sebab itu kebanyakan ibu berasa sejuk.

Makanan ni penting sebab masalah paling common among ibu lepas bersalin adalah sembelit dan fiber dari makanan ni melancarkan pembuangan.

In a nutshell, jangan lah keterlaluan dalam berpantang sehingga memudaratkan diri kerana berpantang should be fun dan easy sebab bila mommy happy secara tidak langsung baby pun akan happy dan healthy.

Sumber: Dr Say Shazril

SKIP THIS AD ×