

Terdahulu, menjadi perbualan hangat apabila seorang pelakon iaitu Harris Anuar dijangkiti positif Covid-19 setelah pulang dari bercuti. Susulan itu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah sedang menyiasat dakwaan terhadap pelakon itu yang dijangkiti positif Covid-19 setelah pulang dari Pulau Langkawi.
Artikel berkaitan: ‘Maaf…’ – Instafamous Harris Anuar Dijangkit Positif Covid-19, Minta Kontak Rapat Buat Saringan
Memetik laporan Harian Metro, JKN Kedah bagaimanapun menafikan terdapat kes individu yang dijangkiti positif Covid-19 di Pulau Langkawi buat masa ini.
Tiada kes positif buat masa ini

Pengarah JKN Kedah iaitu Dr Mohd Fikri Ujang berkata buat masa ini, pihaknya tidak melakukan ujian saringan secara bersasar kepada pelancong di pulau peranginan itu.
Tiada kes positif di Langkawi buat masa ini. JKN Kedah tidak membuat ujian saringan bersasar kepada pengunjung Langkawi.
Kita akan membuat tindakan lanjut sekiranya ada bukti kaitan jangkitan di Langkawi hasil dari siasatan berkenaan.
Pihak JKN Kedah akan melakukan siasatan lanjut dan turut mendapatkan maklumat mengenai ujian saringan yang dijalankan Harris Anuar yang dijangkiti wabak tersebut setelah pulang dari Langkawi.
Sumber: Harian Metro
![[VIDEO] Nyanyian Negaraku Siti Nurhaliza Di MotoGP Sepang Buat Ramai Terpegun](https://media.says.com/2026/11/ctspci-scaled.jpg)




![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)