berita

‘Tiada Kubur, Tiada Pesan’ – Genap 6 Tahun Tragedi MH370, Luahan Isteri Anak Kapal Undang Sebak

March 6th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tahun 2014, merupakan tahun yang meninggalkan kesan mendalam buat rakyat Malaysia terutama ahli keluarga dan krew kabin Malaysia Airlines (MAS) MH370. Pesawat yang membawa 239 orang itu dipercayai terputus hubungan ketika berada 120 batu nautika di timur Kota Kinabalu di ruang udara Laut China Selatan.

Menerusi Instagram Intan Maizura Othaman iaitu isteri kepada salah seorang anak kapal yang terkorban, dia berkongsi suka dan duka dalam membesarkan dua cahaya mata tanpa suami tercinta di sisi. Tambahnya, 8 Mac ini genap 6 tahun hari peringatan kehilangan pesawat itu. Sedihnya!

6 tahun sudah berlalu

https://www.instagram.com/p/B9YPvTxF5p-/

Menurut Intan, walaupun sudah 6 tahun masa berlalu, dia masih tidak perasan waktu tersebut berlalu dengan pantas. Sehingga kini tiada kubur dan pesanan yang diterima olehnya daripada suaminya iaitu Mohd Hazrin Mohamed Hasnan. Namun, sebagai manusia dia seharusnya kuat dan meneruskan kehidupan dalam membesarkan kedua-dua cahaya mata mereka iaitu Iman (11 tahun) dan Muhammad (5 tahun).

Di samping itu, Intan memberitahu bahawa dia terpaksa menipu anaknya hari demi hari kerana mereka masih belum mengerti. Tambahnya, kedua-dua zuriatnya itu senang dijaga dan mereka sangat berdikari. Sebagai ibu, dia mengharapkan anak-anaknya di bawah lindungan Allah S.W.T sentiasa.

Semoga terus kuat

Sumber: Intan Maizura Othaman

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×