berita

Tiada Lagi Lawak Acappan…

September 14th, 2018 | by faris
Kini Trending

Lakonan dan lawaknya pernah menjadi bahan gelak oleh peminat sedikit masa lalu. Namun, kini nama Acappan kian dilupakan setelah lahirnya barisan pelawak baru dalam industri hiburan.

Negara dikejutkan dengan pemergian pelawak dan pelakon, Acappan yang meninggal dunia pada pagi Jumaat.

Akibat kegagalan buah pinggang

Menurut Astro Awani, Acappan meninggal dunia pada Jumaat akibat kegagalan buah pinggang. Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah, mengesahkan berita berkenaan.

Kami terima laporan mengenai kematian beliau sekitar jam lima pagi Jumaat.

Anaknya, Yhuveneshwary memberitahu, Acappan menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya kira-kira pukul 2.43 pagi di Taman Puchong Utama.

Tinggal 3 anak, seorang balu

Dilahirkan sebagai Samnynathan Rethinam, Acappan adalah antara artis berbangsa India yang diterima baik dalam kalangan peminat Melayu sekitar tahun 80-an. Bakatnya dicungkil menerusi rancangan RTM.

Mendiang meninggalkan seorang isteri iaitu Yogeswari Subramaniam 53, dan 3 orang anak iaitu Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan Yhuveneshwary Samynathan, 24.

Sumber: Astro Awani, Kosmo Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×