New Zealand antara negara yang berjaya mengekang penularan wabak Covid-19. Sehingga kini, New Zealand hanya dilaporkan sebanyak 2,324 bilangan kes positif Covid-19 dan hanya 25 kes kematian sahaja. New Zealand sebelum ini telah melaksanakan ‘total lockdown’ selama 12 hari seperti mana diumumkan Perdana Menteri Jacinda Ardern.
Terbaru, negara itu telah menyambut Hari Kebangsaan dan dihadiri oleh ribuan rakyat serta Perdana Menteri dalam satu parti BBQ tanpa memakai pelitup muka.
Tidak perlu mask dan penjarakan sosial
Pada hujung minggu lalu, Perdana Menteri iaitu Jacinda Ardern turun padang untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan bersama ribuan rakyat. Dia turut menyertai acara BBQ dan beramah mesra dengan rakyat yang hadir ke situ.
Malah, kelihatan juga rata-rata antara mereka sudah tidak mengenakan pelitup muka dan tiada penjarakan sosial bagi mengekang penularan wabak yang kini melanda dunia. Hal ini adalah kerana New Zealand telah melaksanakan SOP dan ‘total lockdown’ sehingga bilangan kes menurun. Maka, ini menandakan bahawa pelaksanaan SOP yang dilakukan kerajaan negara itu berjaya.
Terbaru, bilangan kes aktif di negara itu hanya 27 kes aktif dilaporkan dari tarikh 28 Januari hingga 10 Februari lalu.
Perdana Menteri pun join BBQ
This is New Zealand.
No masks, no lockdowns, no new cases — with PM Jacinda Ardern at a huge outdoor BBQ on a national holiday.
What leadership looks like.
— Goodable (@Goodable) February 8, 2021
Memetik laporan BBC, Perdana Menteri Jacinda Ardern memerintahkan rakyatnya mematuhi SOP dan melaksanakan ‘lockdown’ dengan menutupi beberapa sempadan daerah serta negeri. Pesakit-pesakit juga dikenakan tahanan kuarantin selama tempoh 12 hari seperti mana disarankan WHO. Malah, negara itu berjaya mengekang penularan wabak selama 102 hari.
Sehubungan itu, rata-rata mengagumi kebijaksanaan yang telah dilakukan Jacinda Ardern bagi mengekang penularan wabak tersebut dari terus melanda New Zealand.
Sumber: Goodable