
Pelakon meningkat naik, Zairi Aziz mengakui tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya ada pihak yang melabelkannya sebagai ‘anak emas’ TV3.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Okay Dipanggil Adik Nasha Aziz, Kakak Bagi Green Light’ – Zairi Aziz
Artikel Berkaitan: Zairi Aziz Gembira Bertemu Nasha Aziz, Kongsi Kakak Banyak Titip Nasihat – ‘Dia Pesan Jangan Terkait Cinta Lokasi’
Terima komen negatif

Ketika ditemui OhBulan!, Zairi, 23, menyedari bahawa stesen televisyen tersebut banyak membuka ruang serta memberi peluang kepadanya sejak awal pembabitannya dalam industri.
Tambahnya lagi, dia menerima segala komen negatif terhadap dirinya, lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan stesen televisyen berkenaan.
Kalau ada pihak nak cop saya sebagai anak emas TV3, saya tiada masalah dengan perkara itu.
Saya lebih mengalu-alukannya.
Bagi saya, TV3 banyak membuka ruang dan memberi peluang kepada saya dari dulu lagi.
Tentang komen negatif pula, saya faham perkara itu tidak dapat dielakkan.
Zairi berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana drama ‘Dorm 403’ di Rasta Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Perjalanan masih panjang

Dalam pada itu, Zairi meluahkan rasa syukur apabila kemunculan awalnya dalam drama terbitan TV3 memberi impak positif terhadap perkembangan kerjayanya sebagai pelakon.
Saya bersyukur kerana kemunculan awal saya dalam drama TV3 memberi impak yang baik.
Bila karya seterusnya ditayangkan, penonton sudah ada keyakinan bahawa saya mampu berlakon.
Dalam masa sama, dia turut menegaskan bahawa perjalanannya sebagai anak seni masih panjang dan memerlukan usaha berterusan untuk memberikan yang terbaik dalam setiap naskhah yang dilakonkan.
Bagi saya, perjalanan ini masih panjang.
Saya perlu terus belajar dan memberikan yang terbaik untuk drama-drama akan datang.
Di samping itu, Zairi menyedari penyertaannya dalam program Pencarian Pelakon Drama Sangat menjadi titik permulaan kepada kerjayanya sebagai anak seni.
Saya bersyukur kerana program itu memperkenalkan saya dalam industri.
Program itu juga menjadi titik permulaan saya sebagai pelakon.
Sebelum ini saya hanya pelakon tambahan dan menjadi ‘stuntman’ sahaja.
Ketika itu memang tidak ramai yang perasan.
Selepas berlakon dalam drama TV3, barulah saya mula mendapat perhatian.








