berita

Tiada Niat Langgar Lari Pemuda Tampil Mohon Maaf, Tak Sangka Ini Respon Suami Mangsa.. Sebak!

October 2nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kehilangan insan tersayang terutama dalam keadaan mengejut merupakan satu berita yang sangat menyedihkan. Itulah yang berlaku kepada seorang warga emas yang kematian isteri akibat kemalangan jalan raya. Walaupun begitu, dia melepaskan dengan redha dan memaafkan pelaku.

Seperti perkongsian Siti Nabyelah Ithinin di Facebook, seorang pemuda tampil bertemu pak cik saudaranya selepas berasa bersalah menjadi punca kematian isteri lelaki itu.

Tertulis sudah takdir

Ini ka yang melanggar tu? Iya pakcik. Dia la yang terlanggar macik. Bukan juga sengaja bah tu. Seketika ibu saya mencelah. Dengan tenang pakcik berkata, ooh iyalah. Apa boleh buat. Dia ada di sana. Kau pun ada di sana. Sebak rasa hati, betapa tabahnya hati pakcik menerima takdir. Sebak juga rasa hati, terlihat jelas betapa takut, menyesal, dan sedihnya anak muda ini. Bila diminta untuk cerita semula apa yang terjadi. Ambil masa yang lama untuk menenangkan diri. Dengan suara terketar-ketar diceritakan semula apa yang terjadi. Allahu, tak terbayang perasaan anak muda ini pada waktu dan ketika itu. Hingga ke hari ini masih trauma dirasa. Kesimpulan ceritanya, bukan niatnya untuk lari selepas terlanggar. Cuma terlalu panik dan terlalu takut hingga otak tidak lagi dapat berfikiran waras.

Tertulis sudah takdir di dalam qada’ qadar Nya sejak azali. Tiada dendam, tiada amarah. Namanya juga manusia, tidak terlepas dari silap dan salah. Apa yang pasti setiap ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya. Sabar dan redha, itulah yang terbaik buat kita sebagai hamba di dunia. Pakcik, saya minta maaf pak cik. Sayu sekali suaranya, air mata mengalir laju. Tidak apa, nak. Janganlah fikir-fikir lagi. Tidak apa. Diusap-usap lembut kepala anak muda itu. Lalu kedua mereka pun menangis deras. Kami yang di sekeliling juga turut menangis simpati. Simpati dengan nasib yang menimpa kedua mereka. Allahu. Segera ku capai handphone untuk merakam detik memilukan ini.

Semoga Allah permudahkan segala urusan

Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka berdua di dunia dan akhirat. Apa pun keputusan dari pihak polis, semoga tidaklah terlalu berat buat seorang abang yang berkerja keras menanggung adik-adiknya yang masih bersekolah (ibu ayah tidak ada sejak mereka kecil lagi). Seorang abang yang menggalas sepenuhnya tanggungjawab seorang ibu dan ayah. Dialah ibu, dialah ayah, dialah abang. Allahu Allah. Remuk hati ini seremuk-remuknya. Mohon sedekahkan Al Fatihah buat arwah, Rosnah Binti Hawa. Moga-moga tenang di alam sana.

Sumber: Siti Nabyelah Ithinin

SKIP THIS AD ×